Thursday, September 10, 2009

19 Ramadhan

9/9/2009 = 19 Ramadhan (Rabu) - Hari ni Daddy buka puasa kat Nikko Hotel. Mummy kalau Daddy buka puasa kat luar jer mood masak automatik hilang. So hari ni ni simple menu jer. Sebab tak masak sangat so banyak lah masa sementara nak tunggu waktu berbuka. So sempat lah mummy salut chocolate biskut almond mummy tu. Siap lah dalam 120biji....banyak lagi nak kena buat ni.


Biskit Almond Lonndon yang dah siap. Sedap rangup badam kat dalam tu.

Ini menu sempoi buka puasa. Ada yang beli ada yang masak.

Goreng tauge. Asalnya paln nak goreng mee masa sahur pagi tadi tapi bila tengok bibik dah masak nasi tak jadi ler goreng mee. Daripada tauge ni busuk, mummy goreng jer lah. Sedap gak makan panas2. Cam makan kat Tepanyaki jer.

Bauhu kemboja untuk bibik. Mummy tak suka makan kuih ni. Biasa ler mummy bab makan ni memang selective sikit...

Ayam goreng rempah, mummy beli jer. Licin (tak cukup sebenarnya). Anak2 memang hantu ayam.

Kerabu mangga. Mummy tak ada stock cuka so guna asam jawa jer. Sedap gak.

No comments:

Post a Comment