Raya Kedua sepatutnya ada bara'an kat rumah Mummy ni tapi sebab semalam dia orang dah datang open house so sekali jalan terus buat bara'an. Kami bertolak balik selepas lunch dan solat zuhur. Budak2 memang merengek2 tak nak balik lagi sebab masing2 tengah seronok main dengan sepupu2 sebaya. Terpaksalah guna psyco sikit kat budak2 tu.
Sebelum balik abadikan kenangan kat pondok comel ni...
Depan rumah pun nak kena ambil gambar ni. Ntah bila nak balik lagi ek! Mungkin 2-3 bulan lagi kut, atau masa raya haji.
Alahai sayulah pulak nak tinggal kampung ni. Selamat tinggal kampung...panjang umur kami balik lagi.
Singgah dulu kat pekan PS beli stock bunga api untuk buat main kat kg Trolak pulak. Tak lupa gak sempat beli jagung rebus!
Kami balik ikut Pagoh. Daddy tak nak ikut Jalan Muar sebab sure jalan tu banyak kereta, lagipun rata2 orang tengah bara'an mesti tepi2 jalan penuh ngan kereta dan ramai org melintas jalan sana sini. Masuk ke Jalan Tanah Merah @ Pagoh memang jalan clear dan tak banyak kereta. Tapi bila dah nak sampai pekan Pagoh kereta banyak dan jam teruk. Nak sampaikan tolpun dekat 1 jam rasanya.
Ni lah salah satu punye jalan jam rupanya. Mohoddin Yassin buat open house kat bangunan UMNO. Em..patut ler jalan sesak gila
Keadaan Plus Hway Utara-Selatan tak ler sibuk. Tapi menghala ke selatan kereta banyak ler. Mummy singgah rumah Bangi dulu, letak baju2 kotor, ambik towel2 bersih, ambik kuih nak bawak balik , solat asar dan baru bertolak ke Trolak.
Senja nan merah...tetiba rasa takut bila nampak langit bertukar warna








No comments:
Post a Comment