Friday, September 25, 2009

Raya - Malam BBQ

Seperti tahun2 yang lepas acara BBQ semasa raya untuk family Mummy dah jadi cam acara wajib. Kalau turn semua balik PS BBQ akan diadakan malam raya kedua tapi kalau turn beraya dirumah mentua dulu, BBQ akan diadakan malam raya ke 3 atau ke 4. BBQ ni yang paling seronok mestilah budak2. Emak dan bapak budak tumpang seronok ler tengok masing2 berebut makanan. Walaupaun makanan tu banyak tetap dia orang nak berebut.

So untuk BBQ kali ini kami ada ayam, sosej dan burger. Jagung mentah tak der lah jual pulak kat PS, jagung rebus adalah. Nak gi carrefour BP malas pulak. So bakar jer lah apa yang ada. Selain daripada makanan yang dibakar, menu malam tu Nasi Lemak Special Mama Miraki dan Air Kelapa Ori. Cuaca elok jer. So sambil tunggu makanan yang dibakar masak, anak2 sibuk main mercun dan bungapi le. Macam biasa semuanya licin, yang tinggal sambal tumis jer.

Nak buat BBQ, paling penting nak nyalakan arang biar jadi bara. Dlm perkara ni tak der org lain yang lebih expert selain daripada Abg Brahim...Tengok dari gaya api yang nyala tu, rasanya boleh bakar seekor kambing!
Bab bakar membakar ni anak2 Kak Noor semua memang expert. Kira tu tugasana 'tetap dan berbencen' dia orang ler. Tak kiralah BBQ tu kat rumah Kak Noor sendiri, rumah Mummy atau kat kampung, itu memang dah tugas mereka.

Amy ayam 'well done' satu. Mama Miraki tu acah2 jer bakar ayam, semata nak bergambar tu, percaya ler
Eh! Mana pegi semua orang ni. Kenapa tinggalkan aku seorang??? Karang aku ngap semua2 ni jangan nak marah dan salahkan aku pulak. Sapa suruh tinggal aku sorang2 dengan ayam2 bakar ni....

Lambat betul ler ayam BBQ nak masak, cam ni baik makan nasi lemak dan minum air kelapa dulu...dah lapar ler...
Okey semua ayam ngan sosej dah masak, cepat2 sapa lambat dapat kaki ayam jer...eh apasal kakai ayam tu ada 7 jer, ayam cacat ke hah????


Satu container air kelapa muda (30 biji beb) dan air sirap...kontang semua diakhir acara
Suasana malam BBQ

Suasana sibuk di malam BBQ

Aduh kenyangnye perutku. Apasal ek dah makan kenyang. Bukan banyakpun aku makan cuma dua pinggan besar nasi lemak jer, ayam pun cuma 4 ketul...agaknye itu yang Daddy fikirkan kut...heheh

No comments:

Post a Comment