Wednesday, September 30, 2009

Beraya Ke rumah Mak We

26/09/09 = 7 Syawal (Sabtu) - Seperti yang telah dijanjikan semalam masa kat rumah Kak Noor, hari ni kami akan beraya ke rumah Mak We (makcik Mummy) petang ni. So yang akan turut serta keluarga Mummy, Mama Miraki, Kak Noor dan Kak Lah. Mummy keluar rumah pukul 2.30pm sebab janji dengan dia orang nak sampai dalam pukul 3pm. Masa keluar rumah hujan ler pulak. So masa Mummy sampai family Kak Noor dah sampai.

Inilah Mak We @ Awe. Dia ni kakak kepada emak Mummy. Dialah satu2nya adik beradik emak yang masih hidup.Umur Mak We dah 80++. Badan masih sihat cuma penglihatan semakin kabur. Badan dia tinggal tulang yang dibalut kulit jer, kurus betul dia (masa muda pun memang dia kurus). Percakaan masih jelas lagi. Walaupun duduk dekat tapi kami jarang berjumpa. Rasanya tiap kali raya jumpa. Teruk betul ler kita orang ni.
Sesekali bila bercerita pasal Arwah emak, Mak We menangis. Dia kata dia teringin balik ke kampung Mummy. Dia nak tengok kat dapor tempat emak selalu tido. Dia cam tak percaya lagiyang emak satu2 adik perempuannya dah tak ada lagi.

Ini Long Bani, satu2nya anak Makwe. Dia bawak Makwe duduk KL sejak 20-25 tahun yang lalu. Walaupun dia ni lazer sikit tapi dia baik hati dan ambik berat pasal keluarga.

Ini Long Semah wife Long Bani dengan Mama Miraki.
Kak Lah dan Ika
Masa ambik gambar ni Mak We kata, ambik gambar ni nanti kalau Mak We dah tak ada boleh buat kenangan.
Mama Miraki, Makwe dan Kak Lah. Ada orang cam nak tunjuk gelang besar jer...
Amboi sakan nampak korang makan! Mula2 hidang nasi pas tu mee goreng basah pulak. Makanan panas2 masing2 laju ler...
Cukup2 lah tu nab...esok masih ada!

Nab, kecik sikit mulut tu...nanti lalat ikut masuk sama. Datang rumah Mak We ni kan, walau kita tak bagi notis langsung kita tetap akan dibagi makan, tak kisah apa lauk yang ada dia tetap akan jamu kita. Itulah kelebihan saudara2 Mummy dalam bab makan2.
Anak2 pun keluar masuk rumah ambik kuih dan air...

Dafiy pun ikut sama makan. Lapar ker?

No comments:

Post a Comment