Wednesday, September 23, 2009

29 Ramadhan - Berbuka Di Kampung

29/09/09 = 27 Ramadhan (Sabtu)- Ramadhan terakhir sebelum raya kami sambut dikampung. Waktu berbuka hari ni secara buffet. Mana nak larat buat hidangan untuk 50 orang ahli keluarga. So seawal pagi memang kami dah mula 'bergusti dan bersilat' kat dapor. Ada yang rebus buat ketupat palas, rebus ketupat dan masak untuk berbuka. Kira muafakat membawa berkat. Bingit ler dengan jerit pekik kita orang kat dapor.
Ngkorang agak apa para suami buat masa kita orang sibuk kat dapor? Betul, pandai ngkorang. Dia orang sibuk layan mata kat bawah kipas.


So akhirnya masa buka puasa inilah menu yang terhidang. Main dishes semuanya kami masak. Kuih2 dan hidangan sampingan jer yang kami beli. Kira menu setaraf hotel 2* ler. Memang kecoh dan riuh masa buka puasa ni. Dapor yang besar pun terasa sempit. Sampai ada yang makan sambil berdiri lagi...hehehe.


'Kesesakan lalulintas' dimeja utama.

Pilih2 mana lauk nak makan, jangan malu2 buat cam kat rumah sendiri jer. Jangan bergaduh jangan berebut, ada bahagian untuk semua orang.


Sapa dah ambik duduk ye, bagi orang lain ambik makanan pulak. Sempat posing sebelum azan kedengaran. Bacaan doa oleh 'imam besar' Batu 21 sebelum berbuka puasa.

Nampak berselera masiang2 makan. Daddy makan sambil berdiri, tak dapat parking ke Daddy? Heheh


Menu minuman

Minuman untuk berbuka air sirap, airkelapa muda, air tebu, teh-tarik, teh-o, kopi-o dan air masak. Tak sempat nak snap gambar semua air.

20 liter air sirap dan 30 biji kelapa muda. Sirap tu bukan beli punye tau. Mek masak air gula sendiri dan letak daun pandan, wangi betul bau sirap tu. Kalau letak biji selasih lagi sedap. Hilang panas badan.


Menu sampingan


Untuk pencuci mulut dan desset, ada murtabak, pulut panggang, kole kacang, karipap, seri muka, nangka, putu bambu, jagung rebus, jambu air dll lagi le.

Murtabak ayam dan pulut panggang

Kuih kole kacang, seri muka dan karipap. Semuanya dijual 5pcs RM1. Kat tempat lain mana nak dapat.

Dapat gak mummy merasa jagung rebus PS. Yang tak bestnye jagung ni muda sangat, tak trill pulak makan. Mummy suka jagung rebus yang tua sikit. Mungkin tuan punya pokok jagung ni petik jagung dia awal sebab nak tampung belanja raya kut. Ya lah nak ray abanyak nak guna duit, so apa tanaman yang boleh mendatangkan hasil jual jer lah...lepat pulut ni 3pc RM1, murah je kan. Bukan senang nak dapat hidangan tradisi ni.

Nangka hasil tanaman abah untuk anak cucu makan. Sebiji nangka yang besar yang saiz dia cam kambing gurun, masak kat pokok. Memang manis gilos. Jambu Muar yang rangup dan manis.

Kuih wajib Mummy, tako pun ada dijual di bazar Ramadhan PS, 3pcs RM1. Putu bambu ni pun 3pcs RM1. Panas2 lagi masa beli.



Menu utama berbuka

Menu utama buka puasa ada ayam goreng rempah, asam pedas, hati ayam goreng berlada, sambat sotong, kupang goreng berlada, kocai masak lemak cili api, biji meranti sambal goreng, mee goreng special dan banyak la lagi...

Mee goreng Kak Noor. Kak Noor kalau goreng mee memang sedap, walhal mee bodoh. Tapi yang ni mee pandai sikit sebab ada 'binatang' dan aksesori lain. Ditambah pulak makan dengan ayam goreng rempah, maunye tak bertambah. Makan pulak tu masa panas2 lagi.

Ikan keli bakar daday beli. Murah jer 3 ekor RM 5. Yang kecil dia orang jual seekor RM1 jer. Tauhu dan tempe goreng cicah ngan sambal kicap, mana boleh tinggal.

Asam pedas ikan parang dan hati goreng berlada.

Goreng tumis biji meranti (Mummy panggil makanan burung) dan masak lemak daun kocai. Limited edition ni, susah nak dapat menu ni. Kat KL kalau kocai tu ada jual tapi biji meranti tu memang tak jumpa. Dua2 menu ni kena masak guna cili padi, masak pedas2 dan letak ikan bilis banyak2. Kocai mummy makan ler tapi biji meranti tu mummy tak makan.

Hidangan dari laut. Sambal sotong dan kupang goreng berlada.

Now you see now you don't. Hidangan yang pelbagai hampir bersih licin. Alhamdulillah, tak adalah membazir. Air kelapa fresh dan air sirap dua tong besar pun licin. Air kelapa muda dengan isinya yang lembut tu memang ler menyegarkan, mana cukup minum segelas jer, mesti nak tambah lagi. Memang rasa kembung betul perut Mummy lepas pekena 2 gelas besar air kelapa (buruk kan perangai???). Pas tu tak makan yang lain2 pun. Lepas solat baru Mummy sambung makan.

No comments:

Post a Comment