Saturday, September 5, 2009

15 Ramadhan

5/9/2009 = 15 Ramadhan (Sabtu) - Weekend datang lagi, bestnya cuti 3 hari berderet, Isnin cuti sebab Nuzul Quran. Lepas sahur hari ni mummy update blog. Nak update malam tadi tak sempat sebab letih ya amat.

Lepas tu aktiviti kat kebun sekangkang kera belakang rumah. Cabut2 rumput yang tumbuh dan tabur baja. Pokok cili ngan terung sejak mummy pindahkan ke dalam pasu, subur pulak. Hari tu masa tanam kat tanah cam kurus kering jer...heheheh. Hari ni Danny ada tution , so g hantar di kejap dan balik singgah Maidin cari barang2 dapor sikit.

Tengahari lepas ambik Danny tution mummy gi buat rebonding. Biasa ler rebonding 3-4jam baru siap. Memang tersengguk2 dan terlelap ler masa tu. Best gak orang main2 rambut kita tu yang sampai tertidur...heheh.... sekat kul 3.30pm baru siap.

Lepas solat terus zzzzz kejap. Hari ni Daddy ada buka puasa kat luar. So simple menu jer ler utk buka hari ni. Adik2 ipar (Makcik, Mak Su dan Pakcik Kamal) datang rumah nak berbuka. Sorry dekat nak buka baru bagitau nak datang tak der ler special menu.


Cekodok pisang... dah lama pisang terperap dalam peti sejuk. Nak buang sayang ler pulak. Bila buat cekodok licin...tak sangka lak anak2 Mummy suka makan. Mummy mana ler suka segala jenis cucur ker cekodok ni.


Menu wajib zaman dulu2 masa kat kampung. Ikan bilis hitam goreng berlada. Makan ngan nasi putih panas2 terangkat. Kena guna bilis hitam gak, bilis lain 'kureng' kau sikit...

Selain dari menu kat atas tu mummy cuma celur sayur2 buat pecal sebab sambal pecal semalam ada baki lagi. Pas tu goreng ayam untuk anak2

No comments:

Post a Comment