Tuesday, June 29, 2010

Emak 5th Anniversary




Rindunya kat emak dan abah!

29/06/2010 (Selasa) - Hari ni genap 5 tahun emak meninggalkan kami anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit serta saudara mara yang lain.


Dalam tak sedar dah 5 tahun rupanya. Masih segar dalam ingatan hari terakhir emak, masa Mummy, Kak Noor, Kak Mah, Kak Lah, Iwan, Yin dan Nana (maid MMiraki) hantar emak berubat ke Melaka. Emak yang masa tu dah tak sedarkan diri (koma?) duduk kat seat depan kereta Mummy. Masa tu Daddy tak boleh nak cuti so Mummy yang drive, Nana (maid MMiriki yang lama) dan Kak Lah duduk kat belakang.

Lepas berubat kami balik kampung, angkat emak letak kat katil dia kat dapor. Jiran2 datang tengok emak. Kami petik rambutan. Petang kami balik ke KL semula, singgah R&R Pagoh beli durian. Sampai rumah Kak Mah waktu Maghrib. Lepas Isya Mummy balik Nilai...mandi dan makan. Tengah makan dapat called dari Kak Mah kata emak dah tak ada...Al-Fatehah untuk emak dan abah. Semoga emak dan abah tenang di sana. Kami di sini pasti menyusul emak suatu hari nanti...



- Emak Dalam Kenangan
- Sayang Tak Terucap
- Diari Terakhir Emak


'Rumah' Emak & Abah yang dah lama Mummy tak jenguk

2 comments:

  1. Kangen la sangat kat mak dan abah tapi realitinya mereka dah tak ada... sebak dan ngecembong mata aku... nasib baik murid-murid kat depan tak perasan.

    ReplyDelete
  2. Al-fatihah utk arwah bonda Mummy... oh pergi pd bulan 6 jugak ya? Sama la dgn arwah ayah kami, ambik masa utk melupakan detik itu kan?

    Semoga roh2 mereka ditempatkan di kalangan org2 beriman.

    ReplyDelete