Friday, June 25, 2010

Dafiy nak Mummy.....

Balik kerja tadi jalan jem. Selalu balik tak ada jam pun. Tapi kat KL friday memang jalan terlebih sesak dari biasa tambahan kalau hujan cam ni. Sampai sekolah Dannied 7 Danish pun dah ngam2 dia orang keluar sekolah. Sampai rumah jer si Dafiy terus tangkap kaki Mummy...Alahai dengan bawak beg notebook dan handbag dia peluk kaki pulak, hampir nak terjatuh Mummy. Cam nak marah kat dia pun ada tapi kesian la pulak.

Mummy : Dafiy nak apa? Nak tengok "mos" (Ultraman Cosmos)?
Dafiy : Anak (Tak nak!) ... Dafiy nak Mummy.....


Mummy tak jadi nak letak beg notebook kat tempat biasa. Letak je depan pintu dulu. Terus dokong dan main2 dengan Dafiy sampai nak maghrib.... Ni la salah satu dilema ibu2 yang bekerja....

Si Dafiy ni pandai mengoda dan merayu buatkan kita tak sampai hati... cara dia cakap memang so sweetttttt... Kalau dia nak menyusu dia datang dengan muka sengih2..."Mummyyyyy.... nak tek oleh?" ...

1 comment:

  1. mummy , mama chaca nak tek oleh?, kongsi ngan Dafy... oleh la mummy.. kah kah kah.. Gee hilanh penat ko balik keja ya anak dah tunggu depan pintu

    ReplyDelete