Friday, June 11, 2010

Siapa senang digoda? Lelaki atau perempuan?



Betul ke perempuan senang digoda dan tergoda? Tak setuju dengan Mummy... tak apa. Jom kita test, cuba u all blogwalking pas tu ternampak iklan 90% off habib jewel atau handbag LV  80% off dalam hati mesti dah melonjak2 nak beli time tu gak kan. Walaupun tak dapat tapi yang pasti uols dah tergodakan. Atau blogwalking dan nampak makanan yang cam sedap je, sure lepas tu pasang niat, nak buatlah esok lusa...betul tak.... Senang digoda dengan bendalah cam kat atas tu tak apa jangan mudah tergoda dengan perkara lain yang tak elok ok.

So gara2 blogwalking semalam ke rumah Catz's Cafe  yang ada bercerita pasal mee siput dan lepas tu chatting ngan k.lah pun pasal mee siput so awal pagi tadi Mummy dah goreng mee siput gak. Tak ingatlah stock bila ntah mee siput ni, rasanya dah lama bebenor tapi Mummy tengok masih elok lagi. Ada sekilo lagi tu... So sebelum berbubuk baik Mummy menjadikannye santapan dizaman dulu kala...

Kiri - Goreng mee siput dengan minyak yang tersangatlah panasnye. Kalau goreng minyak yak cukup panas memang mee siput tu tak mengembangla jawabne. Keras ya amat
Kanan - Mee siput yang dah dihancurkan

Kiri - Macam nak buat sambal tumis gak cuma gula kena lebih, masak sampai gula tu berbuih2 dan likat, 
Kanan - Kalau gula dan cili dah pekat likat masukkan la mee siput yang dah dihancurkan dan gaul rata2......


Taraaaaaaaaaaa... dah siap dah... mee siput sira sambal....dapat 3/4 balang... boleh buat kudapan masa daddy tengok world cup...heeheh

2 comments:

  1. Wow!! Mee Siput a.k.a mee sanggul...my favourite nih... MM mengaku mmg mudah tergoda benda2 sedap mcm ni... kebetulan mmg kegemaran kami berdua..

    ReplyDelete
  2. thanks kak gee ...leh cuba

    ReplyDelete