Friday, June 18, 2010

Kek tak mengemukkan...



Petang semalam Mummy sampai rumah awal sikit daripada biasa. Dah plan nak buat kek hari ni. Asyik nak melayan anak tekak je kan Mummy ni... Odw balik singgah pergi kejap kat K4 Alamanda. Tujuan nak beli penyagat dan swimming suit si Danny. Penyagat plastik Mummy dah retak masa sagat carrot... hihi...dasyatkan sagat carrot sampai hancus penyagat.


Tapi standard le bila dah sampai situ mata ni mudah sangat digoda... adalah benda ngokngek2 yang terbeli...


Sampai rumah tukar baju dan menyagat carrot. Mummy nak buat carrot walnut cake lagi sekali.

Kek lepas sauna....

Cun kan!

Gebuzzzzzzzzzz

Saja je mengatal hias dengan chocolate syrup dan walnut menggantikan cheese cream topping... emmm memang sedap uols.

Untuk yang suka makan cake dan pada masa yang sama nak jaga badan Mummy rasa ini antara cake yang paling healthy la. Nak tau kenapa... telor cuma 3 biji (gunakan lah telor omega (tanpa colesterol), carrot baik untuk mata, tak gunakan butter (gunakan 1 cawan minyak jagung yang tanpa colesterol) dan kuantiti gula yang sedikit ... so kek ni memang rasa dia lemak2 manis buah je...  kalau nak manis sikit tuang la choc syrup sikit.... nyum...nyum...

3 comments:

  1. sedapnyaaa lahaii... terliur di pagi2 buta.

    ReplyDelete
  2. MMirror buat la utk minum petang ni, versi kukus ni sempoi jer. Tak perlu susah2 nak keluarkan mixer dari stor. Mummy pukul2 ala lengang kangkung guna whisk je...carrot tu kalau malas nak sagat, racik2 panjang nipis2 pun ok gak...

    ReplyDelete
  3. nak cuba la nanti...tgh nak search recipe kat blog Mummy la ni...... tp walnut belum beli lg.

    ReplyDelete