Thursday, June 17, 2010

Menyusahkan orang!



Van ni tiada kaitan dengan kejadian ni...

Alhamdulillah masih dipanjangkan umur....

On d way nak ke office dari meeting kat Penjara, flyover sebelum sampai depan komuter Serdang tu memang berselekoh dan jalan mendaki so Mummy memang tak berani nak bawak laju kat situ. Banyak kali dah accident dekat2 area tu. Jalan 3 lanes dan Mummy drive lorong tengah. Depan Mummy ada lori crane, crane berat memang la jalan slow so jarak Mummy dengan crane tu memang boleh masuk 2 - 3 biji kereta, takut Mummy nak ikut crane tu rapat2, dibuatnye crane tu mengundur camana. Kebetulan kat lane belah kanan pun ada lori bawak barang pulak, so lane kanan pun slow...dan ada satu family car pun drive slow cam Mummy gak dan jarak jauh gak dengan lori depan dia tu. Kat lane kiri pun ada lori kecik gak. Tak tau lah kebetulan banyak pulak lori waktu2 ni. Kat belakang kereta Mummy ni ada satu van putih yang tak menyabar2, dari lane tengah dia nak potong kereta Mummy ikut lane tepi tapi tetiba lori kat lane paling tepi tu brake lori dia dan van putih tu terus masuk ke lane tengah dengan lajunye. Berpusing2 van putih tu  kat lane tengah dan lane kanan.

Mummy dah panik betul, nasib baik masih sempat brake waktu van tu berpusing2 dan belakang Mummy pun kereta tak ikut rapat. Dah terfikir kalau van ni tak boleh dikawal mesti menghala ke arah Mummy ni... nasib baiklah Mummy dan family car lane kanan tu ada jarak yang agak banyak kalau tak memang besar kemungkinan accident tadi... Bila driver van putih tu dapat control van dia, terus jer dia pecut laju.

Mummy tengok orang2 dalam family car lane kanan,  mengurut dada tanda terkeju.... itulah akibat orang yang tak sabar, bukan setakat menyusahkan diri sendiri tapi menyusahkan orang lain... So untuk semua janganlah fikrikan nak cepat je, orang lain pun nak cepat. Kalau nak cepat keluarlah awal2. Dan kita sebagai pemandu pastikan jarak yang selamat dengan kenderaan kat depan kita.

Hilang mood nak buat kerja ni... masih terkejut....

Untuk driver van putih tu (lupa nak tengok registration no pulak), kalau tak menyabar sangat pi beli kereta ni, kalau jalan sesak boleh terbang

No comments:

Post a Comment