Friday, June 4, 2010

Jangan main api!

Jangan main api... kalau2 terbakar nanti...

Masuk dalam berita utama media elektronik dan juga media cetak hari ni kisah perebutan harta antara anak2 & isteri2 arwah jutawan permotoran Malaysia yang meninggal Mei 2008. Dah dua tahun arwah meninggal tapi anak isteri yang ditinggalkan kat dunia ni tak selesai lagi berbalah pasal harta.


Tinggalkan banyak harta pun susah tak ada harta pun susah. Tapi Mummy rasa sebaik2 harta yang ditinggalkan kepada anak2 adalah ilmu agama dan ilmu pengetahuan. So kalau nak harta lebih anak2 kena usaha sendiri dengan ilmu yang mereka miliki. Mana ada jalan pintas nak senang. Selalunya kalau senang dapat ia akan senang habis gak...


Teringat dulu masa Mummy sekolah rendah dan asyik nak main jer dengan kawan2, malas nak buat ulangkaji pelajaran. Abah selalu cakap, 'Abah ni harta tak ada kalau nak dibagi2kan anak2 9 beradik, kalau nak hidup senang belajar betul2 dan jangan lupa sembahyang. Kalau nak sekolah sampai tinggi manapun abah akan carikan modal...'. Itulah abah Mummy yang tak pernah pukul anak2 tapi dia guna psikologi je..


Moral n3 kali ni bukan senang nak pasang 2,3 & 4. Masa si suami masih hidup mungkin semuanya sampak ok je. Masalah mungkin timbul bila si suami dah tak ada kat dunia ni. Sedangkan ada yang tinggalkan satu isteri ngan anak2 je pun ada yang berbalah2 pasal harta apatah lagi yang lebih dari tu.


Untuk semua lelaki2 di luar sana berfikirlah secara rasional sebelum memasang niat nak bukak cawangan baru. Usaha terakhir solat istikharah mintak petunjuk dari yang Esa, jangan mintak pendapat kawan2 je...
 
Wallahualam...





Lirik Lagu ” Pergi Tak Kembali “

Artis ” Rabbani “


Setiap Insan Pasti Merasa
Saat Perpisahan Terakhir
Dunia Yang fana Akan Ditinggalkan
Hanya Amalan Yang Dibawa


Terdengar Sayup Surah Dibaca
Sayunya Alunan Suara
Cemas Di Dada
Lemah Tak Bermaya
Terbuka Hijab Di Depan Mata


Selamat Tinggal Pada Semua
Berpisahlah Kita Selamanya
Kita Tak Sama Nasib Di Sana
Baikkah Atau Sebaliknya

Sejahtera Bahagia Pulang
Ke Sana

Sekujur Badan Berselimut Putih
Rebah Bersemadi Sendiri
Mengharap Kasih Anak dan Isteri
Apa Mungkin Pahala Dikirim

Terbaring Sempit Seluas Pusara
Soal-bicara Terus Bermula
Sesal dan Insaf Tak Berguna Lagi
Hancurlah Jasad Dimamah Bumi

Berpisah Sudah Segalanya
Yang Tinggal Hanyalah Kenangan
Diiring Doa dan Air Mata
Yang Pergi Takkan Kembali LagiAmalan dan Takwa Jadi Bekalan

No comments:

Post a Comment