Tuesday, June 1, 2010

My teardrops...


Mummy nak tanya bila last time uols menangis dan kenapa uols menangis? Alah jangan nak tipulah kata tak pernah menangis. Tak perlu malu kalau menangis. Kadang2 dengan menanggis tu dapat memberi kelegaan tau... kalau menangis mesti ada airmata kan. Ada tak menangis tapi tak ada air mata? Itu menanggis tipu2 namanye...heheh

Kata Ibnu Qayyim ada sebab orang menanggis:
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.


Tangisan yang terpuji - Tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah. Tangisan seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.

Tangisan yang tercela - Meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.


Tangisan yang sia-sia:
  • Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.

  • Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.

  • Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

  • Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.

  • Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

  • Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

3 comments:

  1. last menangis petang tadi.,..sebab mata gatal dan garu2 pas tu keluar air mata. lagi satu nangis yang sedih...masa na balik KL dari rumah mek hari tu

    ReplyDelete
  2. eh Mummy... pernah dengar tak...org kata kalau nak cek sama ada tangisan si kecil adalah tangisan manja atau tersampuk benda halus, kena tengok pada matanya... kalau takde air mata ..ha ada unsur2 tersampuk la tu...

    Moralnya.... JANGAN PANDANG BELAKANG, senja2 tutup semua tingkap dn pintu.

    ReplyDelete
  3. bila ya last aku nangis,tiap2 petang rasanya aku nangis tengok senetron.... tajuknya tasbih cinta, cahaya n cinta dan anugerah. best tau cete2 ni....

    ReplyDelete