Monday, June 7, 2010

Projek cuti sekolah....



Untuk yang baru belajar dan bermanja2 buat kek, ni ada petua berguna nak buat kek. Follow jangan tak follow, mesti lepas ni kek yan guols buat gebuszz dan vogue. So daripada anak2 tak buat apa cuti sekolah ni kan, apa kata main masak2 buat kek ngan anak2. Memanglah dapor akan kecah dan bersepah, tapi no hal la, lepas tu kan boleh kemas pun. Mesti anak2 seronok dapat spend time ngan uols. Pengalaman yang menyeronokkan dia orang tu...

Kenapa kek tidak naik sekata:
1. Tepung yang dibancuh tidak sekata dengan bahan lain
2. Suhu dlm ketuhar juga tidak panas sekata memnjadikan kek tidak dibakar secara menyeluruh
3. Suhu ketuhar mungkin terlalu panas
4. Bancuhan melebihi tahap yang seharusnya tidak boleh melebihi setengah daripada ukuran loyang pembakar
5. Pastikan bekas loyang pembakar anda sesuai dengan isi bancuhan


Mengapa kek menjadi bantat dan tidak ringan:
6. Telur yang digunakan mungkin terlalu kecil.
7. Kandungan udara tidak mencukupi sewaktu telur dan gula dipukul
8. Sewaktu memukul tepung, kadar kelajuan tidak boleh terlalu laju.
9.Semua bahan hendaklah berada pada suhu bilik melainkan jika resipi itu memerlukan bahan berkenaan sejuk, contohnya mentega dan telor. Jika terus digunakan dan peti sejuk, apabila dipukul mentega bersama gula dan telur, ia lambat mengembang apatah lagi menjadi gebu.
10. Suhu ketuhar pula tidak boleh terlalu rendah.

Mengapa permukaan atas kek tidak naik dan jatuh pada bahagian tengah:
11. Suhu ketuhar terlalu tinggi
12. kek tidak dibakar pada tempoh yang seharusnya
13. Penutup ketuhar yang selalu ditutup buka.


Jika bancuhan mentega tidak sebati dan bergentel:
14. Mentega tidak dibiarkan pada suhu bilik
15. Telur terlalu cepat dicampurkan dalam adunan mentega dan gula yang belum betul betul gebu dipukul.
16. Mentega dan gula tidak betul betul sebati atau gebu dan terlalu cepat mencampurkan telur dalam adunan tersebut.

Kenapa kek anda terlalu berat:
17. Campuran mentega, gula dan telur dipukul terlalu lama.
18. Sewaktu memukul campuran yang ada tepung, ia dipukul dengan kadar yang terlalu laju.
19. Kemungkinan besar terlalu banyak tepung digunakan.


Kek anda merekah?:
20. Suhu ketuhar terlalu panas dan ini menyebabkan bahagian luar kek terlalu cepat masak dan kepanasan tersimpan pada bahagian tengah kek. Ini membuatkan bahagian tengah kek akan merekah.
21. Loyang pembakar tidak diletakkan ditengah-tengah ketuhar.

Bahan kek buah mendap:
22. Ada antara buah yang terlalu besar dan berat.
23. Buahan kering yang dicuci tidak digaul dengan tepung sebelum ia mencampurkan ke dalam adunan.

No comments:

Post a Comment