Thursday, June 3, 2010

Mirror mirror on the wall ....

Jom layan perasaan dengar lagu rock kapak dan retro ni....


Tak de benda nak tulis so nt merapu dan meraban ler .... kat opis pun masing2 dah kluar lunch bosan la Mummy...
Miss Mirror pinjam sat cermin yer... Mummy nak telek nasib kejap....

 


Mummy lahir pada bulan Januari (Kajian Mengenai Bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.)

Sifat orang yang lahir pada bulan Januari biasanya:
1: Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
2: Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
3: Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
4: Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
5: Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
6: Pandai mengambil hati orang lain.
7: Pendiam kecuali telah dirangsang.
8: Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
9: Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
10: Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
11: Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
12: Cukup sayang pada kanak-kanak.
13: Suka duduk di rumah.
14: Setia pada segala-galanya.
15: Perlu belajar kemahiran bersosial.
16: Sifat cemburu yang sangat tinggi.

Mummy lahir hari SELASA:
  1. Pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. (ehem...ehem)
  2. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. (buruk betul perangai)
  3. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain.
  4. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. (ehem...ehem)
  5. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. (lalang betul)
  6. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal.
  7. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. (ehem...ehem)
  8. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara. (ehem...ehem)
Tarikh Lahir : 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.
 
Nombor - 3 CERIA
Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding. Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik. Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

1 comment:

  1. Mummy... kita berdua sama dgn Ct Waliza la.. Lahir Januari.. Eh Comei pun sama...lupa plak... termasuk si MS tu...Klu ikut karektor MM, MM setuju utk beberapa perkara di situ..antaranya suka pd kecantikan (waaaa kira I ni dulu mmg obses la bab2 tu...dah tua2 ni je berubah sikit2..). Pemalu? Ya betul..kdg malu tak bertempat, pendiam ~ dulu2 la pendiam...skrg kurang, eh senang cerita 98% betul...tp pelik la..napa semua sikap2 yg "cermin" Mummy sebutkan ni sikap MM time remaja je? Apakah kajian dan questionaire yg dijlnkan ni hanya dilakukan ke atas remaja bwh umur je? Cuba Mummy check... berapa percent yg betul utk Mummy?

    ReplyDelete