Tuesday, June 15, 2010

Overhaul

Aduh semua dah buat hal ni ... yang satu tayar depan belakang bocor dan botak terpaksa tukar, yang satu lagi tukar tayar belakang, yang satu lagi wayar break putus, yang satu lagi besi pemegang dah bengkok... rasa cam nak demam ni bila semua meragam pada masa yang sama.... so dah alang2 nak pegi workshop Mummy bawak empat2 biji semua gi workshop... biar le dia orang repair dan tukar apa2 yang patut ditukar....


Apek workshop tengah sibuk menukar tayar... 4 biji basikal hampir sejam setengah gak baru siap....

Si Dafiy dah tak nak duduk diam, dah la sebelah kedai basikal tu ada kedai motor, so sibuk dia nak naik motor pulak. So nak bagi dia calm down sikit Mummy letakkan dia atas basikal kat kedai tu... haru lak bila nak balik dia tak nak turun dari basikal... so sambil membuka beg duit nak tengok berapa RM yang ada akhirnya belilah gak basikal tu untuk si Dafiy. Ya la semua orang dah ada kenderaan sendiri dia pun nak la gak...

Yeyey...Mummy belikan Dafi basikal...

4 basikal yang dah diservice, so condition masing2 sekarang ni memang tengah tip-top la. Tak taulah untuk berapa lama. Kalau ikut statistik tiap dua bulan Mummy kena hantar basikal2 tu ke kedai sebab tiub bocor... Kos baiki empat basikal RM 120 dah boleh beli satu basikal kecik lagi... camana tu.

Gambar ambik pagi tadi sebelum Mummy gi office. Dafiy demam dari malam tadi. Nak bagi dia makan ubat sekarang ni susah ya amat. Kalau petang ni tak elok lagi demam dia nak pi klinik la gak.

2 orang budak yang belum lagi mandi pagi...

Muka monyok Dania sebab lepas kena marah ...

Handsome tak anak bujang Mummy ni? Ni muka tak mandi lagi ni. Emm kalau dah mandi dan pakai gel rambut setengah botol lagi macho!

Semalam kan 'mini couper' Mummy cam dah buat hal lagi, balik dari meeting kat Penjara mummy pasang aircond tapi tak terasa pun, cam angin je keluar. Alamak ni mesti nak jadi cam hari tu overheat kat depan Istana Negara on da way gi meeting kat MATRADE... so Mummy terus lajak balik ke rumah dan tukar bawak Naza gi opis. Bawak keta bagak gi opis problem nak parking la, Mummy ni kan 'terror' sangat bab parking..heheh... kat depan opis Mummy kalau dah petang2 tu ramai orang park kereta kat tepi2 jalan so susah beb nak keluarkan kereta. Untuk selamat terpaksalah Mummy parking jauh kat padang... heheh...
  
Haruskan aku tukar 'Viva Couper' ku kepada 'mini couper' merah menyala ni....(dah Gee jangan berangan nak tukar kereta lagi... asyik nak menambah hutang je!!!....tetiba terdengar suara memberi amaran....terbantut orang tengah nak berangan? Suara siapa kah itu!!!... hehehe)

7 comments:

  1. tukar jerr.. ehehe, macam org bilang 'biar tukar kete, jangan tukar bini'.. ihikss

    ReplyDelete
  2. Ala dah hidup itu pinjam-pinjaman... so memang kena tukar keretala...pinjam bank/finance... ko tak serik ke keta overheating jerr...apa kata ko ambik Nissan Fairlady... baru standard director.
    Ala income choclate ngan class dah boleh bayar installment tu...

    ReplyDelete
  3. betul tu gee kata yin. apa tunggu lagi

    ReplyDelete
  4. Mummy Gee,yg merah menyala kelas gitu,barulah semangat pegi keje,hehe

    ReplyDelete
  5. tepuk viva dua kali, lps tu tye la poket....hahahaha

    ReplyDelete
  6. Exora kesayangan akak...dah makan duit akak...silap ambik side masa keluar parking...terlanggar tembok...akak bawak, akak la bayor...uwa uwe huhu haha....

    ReplyDelete
  7. yang merah tu cAM KETE MR. BIN, ko bawak mesti cun punya

    ReplyDelete