Wednesday, June 23, 2010

Lepat Ubi Derhaka



Korang suka tak makan lepat ubi? Kat kampung dulu orang panggil 'le-met'. Kat kampung dulu Mummy rajin buat lepat ubi ni. Selalunya abah yang tolong parutkan ubi. Tau tak abah gunakan mesin parut kelapa tu untuk parut ubi. Lagi ngamkan kalau lepat tu kita bungkus dengan daun pisang yang agak muda (bukan pucuk muda tau...).

Tapi kalau tak ada daun pisang camana nak buat kuih lepat ni ek? Boleh ke tak? Guna loyang je... emmm itu dah jadi cam kuih talam la pulak. Kalau nak tau camana nak buat kuih lepat tanpa daun pisang ...follow cerita Mummy seterusnya...

Nampak sedapkan kuih lepat ubi ni... ni yang Pakcik Google buat

Balik dari PD last week, selain dari beli durian, Mummy ada beli pisang tanduk 2 biji dan ubi 5-6 ketul. Kelmarin bibik dah rebus ubi tu, ubi dia memang berkanji betul tapi tak berapa empuk. So kureng ngam la nak makan ngan sambal ikan bilis. 

So semalam balik dari opis Mummy tengok ada 3 ketul lagi ubi tu, Mummy pun terus parut la sementara nak keluar semula ambik Daniel & Danish kat sekolah. Pas tu gi kedai pi cari kelapa parut dan daun. Alamak daun tak ada la pulak, cam ni terbantut la projek lepat ubi Mummy. Dalam kepala dah fikri nak tukar plan la, dari lepat ubi ke bingka ubi, talam ubi atau buat lempeng ubi je la senang (lempeng tepong gandum tu Mummy tak makan tapi lempeng ubi Mummy suka, buat nipis2 dan masak sampai agak garing @ rentung sikit...).

Disebabkan keinginan nak makan lebat ubi buatan sendiri terlalu tinggi, Mummy proceed gak buat lebat ubi ni walau tak ada daun pisang...dalam kepala Memang plan nak campak jer dalam loyang dan kukus. Tetiba terpandanglah aluminium foil..."wink"... idea bernas pun timbul..why not Mummy guna ke aluminium foil ni untuk balut lepat ubi ni... boleh rasa kut... alah orang steam ikan pun selalu guna aluminium foil ni gak kan... sorray tok nenek ye, anak cucu derhaka sikit.... terpaksa tukar daun pisang kepada aluminium foil ni... Emm daun pisang kat kampung melambak2 kan...uhuk...tak pe la yang penting projek mesti jadi... jom layannnnn.

Apa? Nak resepi lepat ubi? Alah tak payah la kuih tradisional ni sempoi semua maian campak2 tak ada sukatan pun, ikut sedap lidah rasa tawar manis je. Ubi parut, kelapa parut (kalau dapat kelapa yang muda lagi best), gula pasir, gula merah dan garam sikit. Ada orang perah dulu ubi yang dah diparut taip Mummy terus gaul je tak de perah2 dan tak pahit pun.

Ubi yang dah sedia untuk dibungkus... buat kecik2 dan nipis2 ye puan2... Kelapa

Lepat yang siap sedia untuk masuk sauna...

Selepas 30 minit... 'lepat ubi derhaka' siap untuk dingap...makan panas2 sedap woit....

Bila dah letak camni orang tak tau pun, masa kukus bungkus ngan daun pisang ke apa?...

So sesiapa yang berhajat nak buat lepat ubi tapi tak ada daun pisang, hah jangan jadikan alasan yer, mesti ada alternative yang lain....

2 comments:

  1. satu lagi kueh favourite akak selain kek pelangi...tapi camna akak nak buat, ubi tak dea, daun pisang tak dea, pemarut tak dea...akak ada minat jea...

    ReplyDelete
  2. alamak terbaiknya idea ni.. memang tengah berangan buat lepat pisang tapi payah nak carik daun pisang kat bandar ni.. :) thanks..

    ReplyDelete