Friday, June 4, 2010

Cuti sekolah datang lagi ..



Esok dah start cuti sekolah. Anak2 suka emak bapak pening kepala. Ya ke, tak de la Mummy tak pening kepala pun. Bestlah cuti sekolah ni anak2 boleh rehat2 sikit. Tiap2 hari dia orang kluar rumah pukul 7am dan balik rumah pukul 7pm. Mengalahkan orang kerja kan...

Bila dah start cuti sekolah anak2 pun sibuk tanya la, cuti sekolah ni nak gi mana? Kalau zaman Mummy kecik2 dulu cuti sekolah tu maknya kena ikut emak ngan abah ke kebun bukan gi holiday.

Si Danny sibuk ajak gi Langkawi... tau2 je si Danny ni Langkawi tu antara tempat yg Mummy suka (Mummy's team ni...heheheh). Tapi sorry la ye Danny cuti sekolah kali ni tak boleh gi ke sana. Daddy ada business trip ke Pattaya, malam ni bertolak dan hari Khamis nani baru balik.


Jom main ting-ting .... nostalgia nye...

Daddy kata nak bawak anak2 gi bird park, Petrosains dan Aquaria. Percutian budget je, jimat sikit tak perlu bayar accomodation dan travelling cost. Mungkin 12 or 13 hb ni boleh pegi kut. Jom sapa nak joint sekali, boleh kita buat ala2 rombongan Cik Kiah, bawak bekal makan kat Tasik KLCC...heheh.

Hujung minggu 19-20 office Daddy buat family day minggu 26-27 tu Mummy balik kampung daddy nak buat kenduri arway MIL 40 hari. So kelas choc kena postponed la.

Eh! Lagi satu tempat bagus bawak anak2 masa cuti ni, ke Malaysia International Book Fair - ReadMalaysia 2010 di Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC), 4 - 13 June 2010 (11am - 10pm ). Boleh beli buku atau masuk banyak pertandingan yang diadakan. Nak jumpa Pak Nil pun boleh, dia kan duta untuk event ni.


Esok pagi Mummy nak gi SPA, dah lama tak gi facial dan memanjakan diri. Lepas tu nak ambik frozen pau kelapa goreng dan karipap yang Mummy order dari jiran Mummy kat Nilai (pau kelapa dia tersangatlah marveles nye...)

Petang2 cadangnye nak gi rumah Mama Miraki. Daddy tak ada kat rumah so Mummy gi merayap ngan anak2 la....(boleh kan daddy???.... dan jangan lupa bagi Mummy duit belanja tau!!! hehhehe.... anak2 ni kuat makan jajan cuti sekolah ni tau...)

p/s MMiraki, jangan lupa masak ayam penyet untuk Mummy tau.

5 comments:

  1. Ayam Penyet...alah Wong solo dekat aje...hehehe

    ReplyDelete
  2. Selamat bercuti kepada putera dan puteri Mummy Gee. Biarlah cikgu depa pulak berehat ....penat jaga anak orang ni. Macam-macam kerenah.

    ReplyDelete
  3. main teng teng kau ada wat rmh semut tak.tujuannya klu kita tak smpi nk lompat kt rmh kita, kita pijak rmh semut.jadi tak jatuh.teringat main teng teng ngan konyeng.

    ReplyDelete
  4. rumah semut apa benda tu mek, aku tak ingat langsung, yang aku tau baling gundu dulu pas tu baru lompat

    ReplyDelete
  5. Ya aku tau apa itu umah semut......tp agaknya klu jamni aku main bukan goyang lagi.....tombang ada,main JEKUTET9kaunda-kaundi) pun best gak selain dr galah pnjng

    ReplyDelete