Wednesday, June 2, 2010

Uwek...uwek... lagi... cuba teka dah berapa minggu?



"Ha! Mummy Gee tu pregnant lagi? Eh, bukan dia tu dah tua ke? Dia tu tak de kerja lain lagi ke lagi pun anak bongus dia tu kan baru 2 tahun... confirmlah kut dia pregnant, kejap2 uwekkkk sana kejap2 lagi uwek2 sini ... dah berapa minggu agaknye" ...

Hihihi... malam tadi kalau ada orang datang rumah Mummy mesti dia orang ingat Mummy ni tengah fenin2 lalat sebab pregnant...apatahnye...tekak ni loya bebenor...ni semua gara2 Daddy la? Ha! Apa yang daddy dah buat??

Al-kisahnye lepas maghrib tadi Mummy masak ikan terkurung @ sardin untuk Daddy. Mummy ni mana makan ikan sardin. Memang sejak dari kecik tak makan so bila bau je automatik jer tekak ni cam kembang dan meloya je. Tak tau la kenapa, dari dulu kalau pegi camping orang masak sardin mesti Mummy bawak stock bekalan yang lain. Memang tak boleh masuk la ikan sardin ni.

Tapi sebab Daddy nak makan, Mummy masakkan la juga. Mummy kalau gi beli sardin mesti beli yang ikan mackerel cap ayam tu. Dan beli tin yang paling kecik ada 2 ketul ikan tapi last week gi tesco tak ada pulak jual sarding dlm tin paling kecik tu so ambik dalam tin sedang ada 4 ketul ikan.

Bawang besar, bawang putih, cili masak, halia dan limau...

Dah siap pun...oh ya ikan sardin tu Mummy goreng dulu. Daddy je yang makan lauk ni dengan bibik. Yang lain makan lauk lain.


4 comments:

  1. Ya Allah suspen je Mummy ni.. kalau Dafiy dpt adik pun apa salahnya...dah besar pun kan..

    ReplyDelete
  2. Ingatkan tadi nak dapat baby Ho Chin Minh!

    ReplyDelete
  3. MSom... bby Ho Chin Minh tak menjadi..heheh... mungkin bby Istanbul kut....heheh

    MMirror - heehehe... malam tadi si Daniel@Along boleh tanya kat daddy dia... daddy boleh tak along nak adik lagi sorang tapi along nak pompuan... anak2 sekarang...

    ReplyDelete
  4. klu pregnen leh pki bj yg adik sayang akk belikan ...hehehehe

    ReplyDelete