Friday, June 4, 2010

Tom tom bak ... tom tom yam

Apa yang sedap dimakan kalau kita demam atau tak sihat? Betul, semua pun tak sedap. Sebab semua  benda yang kita makan akan rasa pahit. Tapi kena makan gak kan klu tak kita akan rasa lagi tak larat.

Malam tadi memang Mummy sakit kepala dan badam pun rasa tak sedap je. Sebelum tu dah plan nak p rumah jiran Mummy sebab dia buat kenduri doa selamat nak p umrah. Tapi badan dedar demam tak demam so lepas maghrib terus zzzzz. Bangun pukul 8.30mlm perut lapar sangat. So Mummy masak tomyam udang, harap2 lepas makan tomyam panas2 tu elok la demam Mummy.

Sayur2 dan udang je ... malas nak campur ayam dll lagi ... masing2 keras cam batu...

Semangkuk tomyam udang2 panas2 dan pedas campur nasi putih sikit boleh  melegakan demam... heheh... jemput2 makan...

Ahamdulillah pagi ni dah sihat. Ni nak gi kerja tapi hujan pulak (hihi macam lah Mummy ni nak gi potong getah kan...jadikan hujan sebagai kekangan). Si Danny & Daniel lepas soat subuh tadi menyambung tidor. Sekolah agama dia orang dah start cuti hari ni.


1 comment:

  1. tomyam mmg ubat mujarab utk demam... mkn masa panas2 pastu telan panadol..tido.. aritu pun MM pas blk dr Shah Alam demam...risau gak takut H1N1..mlm tu jugak mkn tomyam steambot..pastu telan jamu... minum air byk22.

    ReplyDelete