Sunday, June 13, 2010

Itu burung apa? Burung murai. Burung apa? Burung murai....

Itu burung apa? Burung murai. Burung apa? Burung muraiii. Burung apa? Burung muraiiiii. Burung apa? Eh! Abah ni tak dengar ke buat2 tak dengar...hah uols ingat tak iklan masa raya 2-3 tahun lepas. Hah kalau tak ingat tengok kat bawah ni.


Hari ni Mummy & Daddy bawak anak2 gi ke Taman Burung KL. Walaupun Mummy dah 20 thaun duduk KL tapi ni la first time gi Taman Burung ni... tu la selalu lokasi yang depan mata kita tak pegi tapi kita pegi tempat jauh2 kan. Taman Burung kat Langkawi tu rasanya Mummy dah pergi 2-3 kali...heheh... jomlah layan je gambar2....

Sementara daddy cari parking Mummy snap2 dulu gambar anak2 kat entrance

Boleh tahan gak le entrance fee ke bird park ni. Malaysian adult RM20 dan kanak2 4-12 RM10. Foreigners RM 42 adult dan RM32 kids

 
Burung merak yan gnak show-off tapi bulu dia dah patah2...hehehngko dah tak comel la merak, jangan nak berlagak

 
Lupa la apa ntah nama burung ni...

  
Baru terperasan Mummy dan anak2 semua pakai baju hijau...heheh... dah macam sesumpah la pulak, dah la background memang hijau...

Si Dafiy yang tak tau duduk diam dalam stroller. Nak berjalan sendiri je. Daddy dokong pun dia sibuk nak turun.

 
'Baby tua' yang dah keletihan dan malas nak jalan

 
Bagus je pose Dania ni, dia tak tau yang bibik dah mengah menolak dia...

 
Jinak2 merpati, kita dekat dia lari...

Burung2 bangau ni diberi makan 'ikan kucing'... terselit lah seekor bangau merah dicelah2 bangau putih. Mesti bangau merah ni banyak yang tackel...heheh

 
Masing2 dah berani dengan burung2 ni...

 
Danny berpeluang pegang anak ayam dan anak itek. Siap dia nak bawak balik lagi...

 
Best dapat spend masa ngan anak2...walau setakat jalan2 area KL je..

 
Senyum....

 
Dafiiy berganti dokong, kejap Mummy kejap Daddy... kalau lepaskan dia asyik nak berlari ntah ke mana2 je...

Anak2 tepi sikit, Mummy nak posing ngan Daddy je....

 
Siapa lagi comel Mummy ke Dania?

 


Dafiy jeling kat siapa tu? Ada awek kat depan ke?

 
Anak Daddy

 
Susah betul nak suruh si Danish ni bergambar...

 
Emmm .. kalau anak dara ni suruh posing memang hobi dia

 
Senyum semua...

Dah kepenatan

Sana burung sini burung, atas burung baah pun burung... RM25 for family photo. Mummy tu saja jer buat2 senyum, astually takut gak kena cakar ngan kaki burung tu...tajam beb.
Balik dari Bird Park masing2 dah kelaparan. So masauk kereta je anak2 mintak benda makan. Nasib baik Mummy ada bawak bekal mee goreng, nugget, sosej & chicken pop. Halfway b alik si Dania & Dafiy dah berdengkur. Singgah makan dulu kat Wongo Solo branch Bangi...
 
Wong Solo branch Bangi...

 
Muka yang dah kenyang makan lepas mee goreng dan nugget dalam kereta... tu yang asyik mengacau orang nak makan...

 
Pecel lele untuk daddy & bibik dan set ayam penyet untuk Mummy & Danish.

 
Tauhu & tempe + sambal kicap dan sambal cabe ijo

 
Kangkung gorend dan cumi balado

 
Tengahari panas2 dapat fruit juice sejuk2 memang laju jer la... jus tembikai untuk daddy & bibik , milo ice untuk Dania, Melon jus untuk Danish dan air kelapa untuk Mummy & Danny... air mineral yang dah  masuk dalam set yg we all order tu, bawak balik je...

3 comments:

  1. gee, ko dah mcm burung belatuk, kale baju ngan tudung tu sama ngan burung. best gak ye , tapi mahal sangat le rm20 klu 4org dah rm80. baik gi makan nasi lemak puyuh goreng.[ aku tak makan puyuh goreng le]

    ReplyDelete
  2. Di sana burung di sini pun burung
    Di atas burung di bawah pun burung
    Mengapa orang menembak burung
    Sungguh jahat orang itu

    Pantun Arwah Din Beramboi... alfatehah.

    ReplyDelete
  3. best-best mmng best..hatta berjalan keliling rumah pun, yang penting ..jalan......dan jejalan..

    ReplyDelete