Sunday, June 13, 2010

Sana burung sini pun burung...



sana burung sini pun burung,
atas burung bawah burung,
tepi burung kanan pun burung,
depan dan belakang dimananya burung?

p/s:buat allahyarham meor ahmad fuad..al-fatihah...

Nah sambung layan pantun Din Beramboi ni... sakit perut la...



Rama-rama terbang Melayang
terbang Melayang di Waktu Senja
Mengapa Orang Bunuh Orang
Sungguh Jahat Orang Itu.

Gunung Daik Bercabang Tiga
Hancur Badan Dikandung Tanah
Budi Yang Biak Dikenang Juga
Dua Tiga Kucing Berlariii....

Anak Kambing Jalan Seoarang Diri
Membeli Baju Di rumah NorKumala
Kalau tuan membeli padi
Mengapa Ingin Menampal Tayar??

Dua tiga Kucing Berlari
Mana sama Si Kucing Belang
Ku pInang-pinang tak dapat-dapat
Encik Tat yang aku ingin di mana...ape bende nak cakap tak reti

Anak tenggiri di tengah kolam
anak kolam di tengah tenggiri
Kalau ingin membeli ikan tenggiri
Janganlah membeli di dalam kolam

Dua tiga Monyet Terbang
Mana nak Sama Tupai terbang
Kalau Kita Orang Yang Baik
Tentu Kita Banyak Wang??

Dua tiga kedidi Berlari
Gunung Daik Bercabang Tiga
Hancur Badan Di Kandung Tanah
Budi yang Baik Di Tanak Sudah..

Kalau Tuan membeli Helikopter
Membeli Helikopter Di Gunung Daik
Persatuan Negara Memajukan Negara
Kemana Kita Membeli Bendera

Menjual Helikopter di Tengah Bandar
bandar Indah Maju Membangun
Negara Malaysia Negara yang maju
Perodua Kancil, engkau dah Beli?

DAri mana mahu kemana
Dari Johor Pergi Ke kedah
Kalau tuan pergi ke Kedah
Jangan Lupa Beli Laksa kedah

anak Kedidi Makan Padi
Padi Di Makan Di Tengah Hari
Kenapa budaya lepak menjadi-menjadi
Tolong Jawab Encik tat Di sana

Burung Serindit atas pokok
Burung Merbok bawah Pokok
itu Pokok Ada burung serindit
Burung gagak duduk dalam pokok
Kalau tuan Panjat Pokok
Budaya Lepak Bawah Pokok

Sana burung sini Burung
Atas Burung Bawah Burung
Tepi burung kanan pun burung
DEpan dan belakang di mananya burung...

Anak sotong dalam laut
Anak laut dalam sotong
itu sotong berenang dalam laut
Tidak boleh jumpa dalam Taman Burung

3 comments:

  1. Aduh... fenin kepala aku baca pantun kat atas tu, sasau kejap kepala otak aku ni...tak leh baca 2kali..

    ReplyDelete
  2. Buku akaun dah ada penama ke belum??????.......atau geran umah kt mna letaknya huhuhu....

    ReplyDelete
  3. HAHAHAHAHA! Gelak sambil golek2 aku...

    ReplyDelete