Sunday, June 13, 2010

Cempedak dah jadi nangka...

Sedapnye cempedak ni...mesti manis kan... cempedak ni langsung tak ada kaitan ngan n3 kali ni yer...

Petang tadi balik dari half day tour ke bird park bersemangat Mummy nak buat talam labu. Lagi pun kesian kat Mr Labu tu, dah dekat seminggu dia duduk kat dapor tak de sapa peduli kan dia, nanti kalau dia merajuk kesian pulak tak ada sapa nak pujuk.

Apa2 hal lepas dah kupas2 tu mr labu nak kena kukus dulu. Sementar tu Mummy nak bancuh la dulu tepong ngan santan... alamak... stock tepong beras dah habis la pulak.... hih.. time ni la pulak dia nak habis... yang ada tepong gandum ngan tepung pulut...spoil betul le. Nak keluar rumah malas la pulak... bukan malas apa.. malas nak bersiap...

So mr labu yang dah half-way cooked tu Mummy keluarkan dari pengukus. Dan masuk dalam santan la pulak. Campur gula melaka, gula pasir dan telor katak @ sagu biji...emmm jadilah pengat labu + telor katak... oklah sedap gak makan petang2 ni....

Tak ada rezeki nak makan talam labu petang ni...

Pengat labu + telur katak @ sagu biji (favourite si Danish ni)

No comments:

Post a Comment