Monday, June 21, 2010

Kahwin dan kahwin lagi ...



N3 terlewat...hehehe...Sabtu 19/06/2010


Walau dah penghujung2 cuti sekolah ni masih meriah ngan kenduri kahwin sana sini. Jiran depan rumah ajak kami ikut rombongan hantar anak lelakinya yang nak kahwin kat Sg Duyung, Alor Gajah Melaka. Mummy tersalah dengar rupanya, ingatkan pukul 10am baru nak bertolak rupanya pukul 10am nak kena sampai ke rumah pengantin perempuan. So bersilat la pagi tu siapkan anak2.... hehhee

Biasa la bila kita rushing ni ada je halangan... Mula2 daddy pakai kemeja je tapi bila nampak yang lain2 pakai baju Melayu dia suruh Mummy bawakkan baju Melayu nanti kat Tol Ayer Keroh nak tukar baju. Bila Mummy dah kunci rumah dia kata nak pakai baju Melayu terus pulak, lepas tu lupa mana letak butang baju Melayu pulak. Pas tu cari songkok tak jumpa, yang ada songkok yang beli terbesar sikit dulu. Last suruh dia orang bergerak dulu nanti tunggu je kat tol... aduhhh belum gerak dah berpeluh2 turun naik rumah...

Walau dah ketinggalan dalam 20 minit last terjumpa gak ngan group rombongan kat Pedas Linggi.

Layan je la gambar2 yer...

 
Rombongan lelaki sewa chalet kat Kak Long Chalet Resort. Jarak dalam 500 m ke rumah pengantin pompuan. So lepak kat sini sementara tunggu pengantin lelaki bersiap.

 
 
Snap2 dulu kat kawasan chalet ni...

 
 
Bab posing tak de sapa boleh lawan si Dania...

 
Banner kahwin dah jadi cam tradisi pulak sekarang ni...

 
Rombongan lelaki theme color blue turquoise ... tu yang Mummy ngan Daddy pun pakai baju tiru sedondon

 
 
Orang sibuk nak nikah kat dalam rumah, Mummy kat luar sibuk snap2..heheh

 
Sessi amik gambar sendiri...hehee

Gambar 'wajib' setiap pengantin...

 
Sembang2 lepas majlis nikah selesai...

 
Jamuan selepas nikah tapai pulut dan koci pulut hitam. Sampai 3 ketul Mummy makan kuih koci ni...sedapppppppp sangat... Main hidangan ada nasi jagung & aksesori.

Selepas jamuan Mummy & family balik dulu. Tak boleh nak tunggu majlis sanding sebab ada agenda lain menunggu.

Untuk Amir dan Umi, Selamat Pengantin baru dari Mummy & family. Semoga jodoh berpanjangan hingga ke akhir hayat dan cepat2 dikurniakan anak. Untuk Dr Ayob dan Kak Sharifah, selamat menerima menantu. Untuk majlis sambut menantu kat Bangi Golf Resort Ahad 27 June ni, Mummy & fmaily tak dapat turut serta sebab ada kenduri kat kampung daddy. FIL buat kenduri tahlil untuk arwah MIL yang ke 40 hari.

No comments:

Post a Comment