Wednesday, June 24, 2009

"DIARI TERAKHIR EMAK"

30/06/2009 nanti genap empat tahun emak meninggalkan kami semua. Mummy tak pasti samada anak2 mummy ingat lagi pada atuk perempuan atau tidak sebab semasa atuk meninggal mereka masih kecil lagi, masa tu Danny baru 3 tahun, Danish 2 tahun dan Dania baru 3 bulan. Tapi yang pasti anak2 mummy tahu pasal kampung atuk. Dan mereka suka balik kampung atuk sebab ramai sepupu2 sebaya dia orang.

Al-fatehah untuk emak@atuk gemok dan abah@atuk kurus.

Setiap kali anniversary pemergian emak@atuk mesti Mummy baca diari kenangan hari2 terakhir emak@atuk. Selalunya baca tak habis sebab sedih sangat. Diari ini catatan Mama Miraki.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SEDETIK KENANGAN BERSAMA EMAK
Selasa 21 June 2005 - Pukul 6.30 petang aku dapat panggilan telefon dari gee yang mengatakan yang emak tak sihat. Mulanya aku ingat tak sihat demam biasa. Tapi gee bagitau yang emak hampir terjatuh sewaktu nak ke bilik air dan mak seolah-olah hilang ingatan. Waktu ini mak berada di rumah gee, selepas sebulan di rumah kak mah. Macam tulah rutin harian emak semenjak pemergian abah. Mak akan berpindah dari satu rumah anak kerumah anak yang lain mengikut gerak rasa hatinya.

Mengikut cerita dari bibik , lebih kurang pukul 4.00 petang mak hampir terjatuh semasa nak ke bilik air. Nasib baik bibik sempat memaut badan mak dari terjatuh terjelepok. Lalu bibik bawa emak ke biliknya dan dibaringkan di atas katil. Mak seperti orang bingung…dan tak tau apa yang terjadi…..setiap pertanyaan tidak dijawab dan mak banyak mendiam diri aje. Bibik nak telefon gee bagitau tapi mak bagi isyarat tak benarkan bibik telefon gee. Jadi bibik pun membiarkan emak berehat dibiliknya.

Malam itu selepas maghrib aku ke rumah gee bersama suami dan anak-anak disamping mak dan ayah mentua aku. Walaupun gee kata macam tak ada apa-apa tapi aku rasa tak sedap hati juga kalau tak pergi. Dalam perjalanan ke rumah gee, kak nor telefon bagitau yang dia juga akan ke rumah gee ditemanai iwan dan kak lah. Sepanjang perjalanan aku cuba menyedapkan hati dengan berharap yang mak hanya demam biasa dan kurang selera makan seperti selalunya.

Aku sampai ke rumah gee lebih kurang pukul 9.00 malam. Mak ada dialam biliknya. Mak terbaring tapi tak pejamkan mata. Bila aku panggil..dia pandang aje..lepas tu dia cuba bangun. Aku tolong membangunkan badannya. Dia duduk di birai katil, sambil tercengang-cengang melihat aku sekeluarga seolah tidah mengenali kami. Bila berulang kali aku bertanya barulah dia mengangguk. Bila aku tunjukkan Ika..dia seolah tak mengenali..setelah agak lama barulah dia berkata ika…..mak juga seolah tidak ingat di mana dia berada. Dia juga tidak memberi sebarang respon sebarang pertanyaan dari kami, kalau ada pun hanya geleng dan angguk saja. Yang aku ingat bila aku bertanya emak..kenapa jadi macam ni….mak hanya menjawab “ mak macam…macam…macmmmmm (perkataan diulang berkali-kali) macam nak pergi…nak pergi….(tak tau apa maksud emak dengan nak pergi tu…..)

Kami tanyakan pada emak samada dia nak ke hospital, tapi mak menolak dengan menggeleng kepala. Tak lama lepas tu kak nor pun tiba. Keadaan yang sama berulang bila dia seolah tidak mengenali kak nor, kak lah dan iwan. Fikirannya seolah-olah kosong dan melayang-layang.

Setelah berbincang sesama kami , kami berpakat sebulat suara untuk membawa emak ke Hospital Pakar Ampang Puteri. Pada mulanya memanag emak enggan pergi, tapi setelah dipujuk berkali-kali akhirnya emak mengalah. Kami memberi alasan pergi ke hospital hanya untuk emngambil ubat emak sahaja. Sampai di Hospital lebih kurang pukul 12 malam emak terus dimasukkan ke Bahagian Emergency. Seteleh memberi keterangan tentang keadaan emak, Doktor teleh mengarahkan emak ditahan di wad untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya. Kami menunngu diruangan yang disediakan. Kakitangan Hopsital menolak emak ke bilik pemeriksaan dan X-Ray. Waktu ini mak memang tak berkata apa-apa, hanya mendiamkan diri sahaja. Kesian melihat keadaan emak . Memang dulu mak ada berpesan katanya kalau dia sakit jangan di bawa ke hospital, tapi kami terpaksa mak, takkan kami nak biarkan emak sakit tanpa rawatan. Namun apalah daya emak, pada saat ini emak tidak bolehberkata-kata.

Doktor menasihatkan emak ditahan di hospital untuk rawatan lanjut. Setelah selesai urusan kemasukkan ke wad dan juga urusan Guarentee Letter dari Johor Corporation (majikan som) pada pukul 1 pagi emak dimasukkan ke wad, Bilik 432. Keadaan mak sama aje..hanya mendiamkan diri . Bila sesekali disuruh angkat tangan mak akan angkat tangan tanpa bersuara. Bila aku suruh mak tanggalkan gigi palsu dia, mak menurut dan membukanya sendiri. Kesimpulannya mak faham apa yang kami perkatakan cuma dia tak berkemampuan untuk menjawab. Menurut doktor ada beberapa saluran darah mak ke otak yang telah tersumbat. Mungkin itu yang menyebabkan pertuturan emak terjejas. Kesimpulannya emak diserang stroke (angin ahmar), tapi serangan stroke ini menyerang sistem otak dan bukannya anggota badan.

Malam itu, kami semua pulang ke rumah, Tinggal kak lah menunggu emak ke hospital. Aku harus pulang ke rumah untuk menguruskan anaka-anak yang akan bersekolah keesokkan harinya. Malam itu juga aku memberitahu adik beradik yang lain akan keadaan emak yang dimasukkan ke hospital. Yang ada di hospital malam itu, aku , gee, kak nor, radzuan, kak lah, wan safie dan hafeez juga danny dan adam.


Rabu, 22 June 2005 - Selepas menghantar anak-anak ke sekolah, aku terus menuju ke Hospital. Nasib baik hospital berdekatan dengan rumah aku. Sampai sana emak sedang tidur….tapi keadaannya masih sama. Kak lah masih di hospital. Menurut Doktor mak mengalami serangan Stroke yang menyerang saluran darah ke otaknya. Banyak gumpalan-gumpalan darah beku di otak emak. Dan ada antaranya yang merupakan gumpalan yang agak lama. Itu sebab agaknya kekadang mak seolah-olah hampir ingat-ingat lupa. Bila doktor suruh mak pandang ke kiri menggunakan anak mata, anak mata sebelah kanan tidak berfungsi.Menurut doktor keadaan sedemikian agak sukar untuk dipulihkan , dan mungkin akan mengambil masa yang agak panjang. Agaknya semenjak pemergian abah mak memang rasa tertekan dan kurang ceria. Mak merasakan hidupnya dah tak bererti tanpa abah. Makjuga mengidap darah tinggi dan sakit lutut yang agak serius.

Aku berada di hospital sehingga tengahari. Selepas itu aku harus ke pejabat. Tidak lama Kak mah dan Md Shah tiba dihospital diikuti oleh Kak nor. Walaupun aku berada dipejabat , namun fikiran aku sentiasa terkenang pada keadaan emak. Telefon jangan ceritalah..memang berdering-dering tak henti-henti disamping email dari kami adik beradik. So semua adik beradik dah sedia maklum keadaan emak. Jadi hari ini hingga ke petang mak ditemani, kak lah, kak mah dan kak nor. Petang ni Mak We datang melawat emak. Dialah satu-satunya adik beadik emak yang masih ada lagi.

Lepas balik kerja hari ni aku bergegas balik nak singgah ke hospital. Tapi akhirnya aku tak jadi singgah sebab gee pun dah ada di hospital. So malam ini giliran aku menjaga emak. Jadi aku terus pulang kerumah menguruskan keperluan anak-anak dan suami. Pukul 9.30 malam aku ke hospital bersama suami dan anak-anak. Kak nor, kak lah dan kak mah dah pulang lewat petang tadi. So aku bertukar giliran dengan gee. Pukul 10.30 suami dan anak-anak pulang kerumah. Tinggallah aku dan emak di bilik Hospital yang sepi dan hening ditambah dengan keadaan mak yang tentiasa “Tidur” dan tidak berkata-kata. Sepanjang malam aku tak dapat melelapkan mata sangat..hanya setakat tidur-tidur ayam.Sekejap-sekejap nurse datang ambil tekanan darah emak, bagi ubat. Lebih kurang pukul 2 pagi tekanan darah emak terlampu tinggi. Bacaan sehingga 210. Keadaan ini terlampau tinggi. Nurse cuba memberikan ubat pada emak. Dan aku diberitahu jika keadaannya tidak berubah , doktor akan dipanggil. Aku hanya mampu berdoa….syukur akhirnya menjelang subuh tekanan darahnya menurun, walaupun masih dikategorikan tidak normal bagi orang biasa.


Khamis 23 June 2005 - Pukul 6 .15 pagi aku pulang kerumah kerana aku haraus ke pejabat. Sementara aku pulang kerumah, Hafeez akan mengambil alih tugas menjaga emak sementara menunggu kedatangan kak nor siang nanti. Nasib baik rumah kami kebanyakkan berdekatan dengan hospital, jadi urusan penjagaan emak tidak timbul, lagipun emak dirawat di Hospital Swasta dan layanannya amat memuaskan hati dan juga tiada masalah kami menziarahi emak pada bila-bila masa sahaja.

Aku ke pejabat seperti biasa. Seperti biasa talian telefon tak henti-henti berdering. Adik beradik berhubung antara satu sama lain untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai emak. Pukul 10.00 kak Nor sampai di hospital diikuti dengan kak Lah. Doktor cuba membuat latihan fisioterapi kepada emak, tapi kurang mendapat respon. Kaki emak terlampau lemah. Memang sebelum ini pun mak agak kurang berjalan apatah lagi dengan keadannya sekarang.

Hari ni mak telah dipindahkan ke Bilik 429, bilik yang lebih luas dan selesa dilengkapi dengan kerusi fisioterapi. Bilik ini lebih selesa berbanding sebelum ini, lagipun hanya emak seorang didalam bilik ini, jadi memudahkan kami untuk menunggu emak . Kami bersyukur kerana emak mendapat rawatan dan layanan yang memuaskan.

Petang, semasa pulang dari pejabat aku singgah ke hospital. Kak Lah, kak Nor, Iwan dan Hafiz ada di hospital. Mak masih duduk dengan keadaan termenung. Makan minum semua tak mahu, hanya mengharapkan drip air sahaja. Aku datang bawa kuih ubi yang emak suka. Aku cuba suapkan ke mulut emak, emak makanlah sesuap rasanya. Lepas tu terus tak mahu ditelannya sebarang makanan. Mak faham apa yang kita perkatakan tapi tak pandai membalasnya. Aku telefon yin dan bagi telefon pada emak, emak ambil telefon tu dan dilekapkan ketelinganya…..mak mendengar agaknya apa yang yin katakan.Tapi emak masih tidak berkata apa-apa walau sepatah pun. Aku balik ke rumah lebih kurang pukul 7 malam , kerana malam ini aku menjaga emak , Jadi selepas siap segala keperluan dirumah aku ke hospital lagi bersama suami, Ika dan Iki.

Malam ni aku ditemani anak aku, Ika tidur di hospital menemani emak. Keadaan emak langsung tidak berkata-kata walaupun sepatah perkataan.Cuma sesekali tangan emak akan digerakkan ke kiri dan ke kanan, dan sesekali emak akan cuba menggerakkan badan ke sebelah kiri dan kanan. Sesekali aku suapkan minuman ke mulut emak menggunakan sudu, dan tangan emak masih mampu untuk menyapu lelehan air dari mulutnya menggunakan tangan kirinya (Perbuatan yang ini masih aku teringat dan terkenang sehingga ke saat ini…). Tapi mulut emak tetap tidak boleh nak berkata-kata. Kasihan aku melihatkan keadaan emak, aku terbayanag dulu sebelum emak sakit, emak memang banyak bercakap dan bercerita sampai kekadang sampai malas pulak nak mendengarnya sebab benda yang sama diulang-ulangnya, tetapi dalam keadaan emak sekarang, rasa keinsafan menyelebungi diriku. Alangkah menyesalnya aku ..mak cakaplah emak……kembalikanlah suara emak yang dahulu….


Jumaat, 25 June 2005 - Seperti biasa pukul 6 pagi aku balik ke rumah kerana harus ke pejabat. Sepeninggalan aku Hafeez mengambilalih menjaga emak. Selepas tu kak nor datang menggantikan Hafeez. Kak Lah pun datang sekali. Hari ni som sekelurga tiba dari JB. Hari ni som menjaga emak dihospital. Hari ni doktor memasukkan tiub untuk menyalurkan makanan kehidung emak. Walaupun som cuba menahan doktor dari memasukkan tiub kerana ingin mencuba menyuap makanan secara normal kepada emak, namun menurut doktor tiub perlu dipasangkan kerana emak kekurangan zat makanan kerana mak tak nak makan. Doktor juga telah mengatakan yang keadaan emak agak mengambil masa untuk dipulihkan. Menurut doktor terpulang pada kami untuk membawa emak berubat secara tradisional, kerana di hospital hanyalah rawatan biasa dan juga fisioterapi yang akan dilakukan. Kami masih belum berbincang sesama adik beradik kerana semua belum tiba di Kuala Lumpur lagi.

Hari ni aku balik awal dari Office dan singgah di hospital. Kesian tengok tiub berselirat dihidung emak…tapi apalah daya kami mak…..mak terpaksa juga melalui detik-detik ini. Malam ni som bersama Ain menunggu emak di hospital. Malam aku datang lagi ke hospital , keadaan emak masih tiada perubahan. Malam ini yin tiba dari Kulai .Di rumah aku agak meriah dengan anak-anak saudara kerana kebetulan rumahaku paling hampir dengan hospital. Tapi sayang disaat kemeriahan di rumah aku dengan anak cucu emak berkumpul emak pula tak sihat. Sama seperti 2 tahund ulu sewaktu abah sakit di hospital JB, kami semua berkumpul dirumah som..sementara abah terlantar dikatil hospital. Keadaan seolahberulang kembali…cuma lokasi yang berbeza.


Sabtu, 26 June 2005 - Hari ini, kakak dan mek sekeluarga sampai dari Johor. Kami semua ke hospital. Keadaan emak masih seperti itu. Menurut doktor memang tiada rawatan khusus untuk pesakit stroke. Hanya fisioterapi dan kekuatan fizikal pesakit yang dapat membantu proses penyembuhan. Tapi dalam keadaan emak , mungkin agak rumit sedikit, kerana bentuk fizikal emak yang berisi menyukarkan pergerakkan. Kerana dalam keadaan biasa pun memang emak tak banyak bergerak kerana sakit kaki dan sebagainya. Jadi doktor memberi pilihan samada nak bawa balik emak atau nak terus tinggal dihospital. Doktor menyuruh kami berbincang sesama adik beradik.

Hari ni kenduri cukur kepala anak Gee. Mengikut perancangan awal semua kami akan berkumpul dirumah Gee, namun apakan daya kita hanya mampu merancang. Namun kenduri di rumah Gee tetap diteruskan kerana tetamu telah dijemput, katering telah ditempah. Hanya Kak Nor, Kak Lah dan Kak Mah serta Lan aje yang pergi ke rumah Gee. Malam ni Kakak dan Mek menjaga emak. Som telah pulang ke JB petangnya.


Ahad, 27 June 2005 - Pagi aku ke hospital. Hari ni kami telah membuat keputusan untuk membawa balik emak . Kami ingin mencuba kaedah urutan tradisional untuk emak. Keputusan telah dibuat untuk membawa emak ke rumah Kak Mah, kerana kebetulan kak Mah tidak bekerja. Namun malang sungguh nasib emak disaat kami semua cuba untuk mengangkat emak ke atas kerusi roda untuk dibawa pulang, badan emak tiba-tiba melorot kebawah. In kerana emak langsung tidak memberi respon dan tidak mampu menyokong diri sendiri. Maka terbaringlahlah emak dilantai Hospital…kami panik seketika. Kemudian Jururawat datang membantu mengangkat emak menggunakan kain untuk diletakkan diatas katil. Kesian sungguh melihat keadaan emak. Akhirnya kami membuat keputusan untuk menyewa Ambulans untuk membawa pulang emak. Mak dibawa dengan ambulan ke rumah Kak Mah di Klang diiringi kak Lah, Shasa di dalamnya. Aku sekeluarga menyusul dengan kereta dan juga Kak Nor. Inilah kali terakhir aku lihat emak dalam keadaan masih bernyawa……..Kalaulah ku tahu ini kali terakhir aku akan melihat emak masih bernyawa…..

Tiba dirumah Kak Mah emak dibaringkan dikatil diruang tamu. Baju emak ditanggalkan untuk mengelakkan kepanasan dan memudahkan badan emak dilap dan dibalik-balikkan. Menjelang maghrib aku pulang kerumah. Waktu ini Gee baru sampai. Tak sampai hati rasanya nak tinggalkan emak , tapi aku percaya kak mah boleh menjaga emak dengan baik. Aku tinggalkan pembantu rumah aku dirumah kak mah untuk membantu mana yang patut. Emak langsung tak membuka mata semenjak dari hospital hari tu…mak seolah-olah tidur, tapi sekali sekali kedengaran hembusan nafasnya yang kuat dan turun naik.Bukan kau tak mahu menjaga emak di rumah aku, tapi sepanjang aku bekerja emak hanya akan tinggal dengan pembantu rumah aku, dan aku tak berapa yakin yang pembantu rumah aku ikhlas nak jaga emak, so akhirnya kak mah bersetuju nak menajga emak dan aku tinggalkan pembantu rumah aku di rumah kak mah untuk membantu mana yang perlu. Untuk keperluan aku di rumah, taulah aku menguruskannya.

Isnin, 28 June 2005 - Emak di rumah kak mah. Emak masih tak membuka mata langsung. Hari ni mak diziarahi saudara mara. Aku tak dapat menziarahi emak hari ni. Hanya telefon menjadi penyambung mengatahui keadaan emak. Menurut kak mah keadaan emak tiada perbezaan. Mak seperti dalam keadaan koma, hanya sesekali menggerakkan tangannya.


Selasa, 29 June 2005 - Tiada apa-apa perubahan pada diri emak. Hari ni kami berbincang untuk membawa mak berurut di Jasin keesokkan harinya. Keputusan dibuat untuk membawa emak nberubat secara tradisional di Jasin, Melaka.


Rabu, 30 June 2005 - Hari ni selepas solat subuh emak diibawa ke Jasin untuk berurut. Yang turut serta pergi ialah Gee, pembantu rumah aku (Nana), kak mah, kak nor, Tumirin, Iwan dan Kak Lah. Sementara Yin menunggu di Jasin, kerana dia yang tahu tempat urut ni. Keadaan mak masih tiada perubahan, malahan keadaan emak semakin lemah, langsung tak membuka mata. Mak diletakkan di dalam kereta Gee di kerusi hadapan. Sewaktu emak diangkat ke dalam kereta langsung emak tidak sedar. Mak seolah-olah tidur sepanjang perjalanan. Tiba Di Jasin mak diberi keutamaan kerana melihatkan keadaannya. Lebih kurang pukul 11.00 pagi selesai mengurut.

Oleh kerana hari masih pagi lagi, kami membuat keputusan untuk singgah ke kampung, kerana kebetulan dah dekat benar dengan kampung. Mungkin terkena udara kampung boleh membuatkan emak lebih bersemangat dan boleh membuka mata. Tiba dirumah pukul 12 tgh. Jiran-jiran diberitahu mengenai kepulangan emak. Mereka menziarahi emak termasuklah Pak cik Kuan. Lebih kurang pukul 4.00 petang semasa berkemas-kemas untuk balik semula ke Kuala Lumpur, kami bercadang untuk memandikan emak tapi dihalang oleh Pak cik , kerana katanya badan emak dah sakit janganlah diangkat-angkat kesana-sini. Akhirnya mak cuma dilap badannya sahaja. Seelsai berkemas-kemas untuk balik Pak cik berkata…”Tak payahlah emak dibawak balik ke KL”namun apalah daya kami semua, kerana di kampung tiada siapa yang akan menjaga emak. Akhirnya emak dibawa pulang juga ke Kuala Lumpur . Emak diangkat kedalam kereta dan meninggalkan kampung. Jika mak sedar mesti mak gembira dapat pulang ke kampung.

Mak tiba dirumah kak mah semula pada pukul 7.30 malam….emak langsung tak buka mata. Sewaktu nak angkat mak masuk ke dalam rumah, badan mak terasa berat sangat tak seperti semasa nak pergi. Tangan emak juga terkulai , tiada respon, tak buka mata, yang sedihnya semasa nak angkat masuk ke rumah seperti dihospital dulu, badan mak terlorot ke bawah..dan mak terbaring di porch kereta . Setelah mencuba beberapa kali akhirnya mak berjaya diangkat masuk ke ruamh dan dibaringkan di atas katil. Pukul 8.00 malam gee, kak nor dan kaklah pulang ke rumah masing-masing. Mak terbujur diatas katil tanpa sebarang respon, cuma badanmak agak sejuk…dan nafas emak turun naik.

Pukul 9.00 malam kak mah telefon bagitau badan emak sejuk sangat. Kak lah suruh kak Mah selimutkan emak dan perlahankan kipas. Semasa ni aku berada dirumah, hanya kak mah sekeluarga ada bersama emak. Beberapa kali aku telefon kak mah. Pukul 9.30 nafas emak kuat kedengaran dan kelihatan dadanya turun naik. Abang Shah mengesyaki nafas mak tak seperti selalu dan seolah-olah saat mak pergi sudah tiba. Kak mah sekeluarga dalam keadaan cemas dan kelam kabut. Mak seolah-olah sedang nazak. Mereka mengelilingi mak dan setelah beberapa kali menarik nafas kuat akhirnya Emak telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 9.40 malam disaksikan Kak Mah, Md Shah, Nana, Fareez dan Farhan. INALILLAH HI WA INALILLAH HI RO JIUNNNNN….. Mak telah kembali kerahmatullah…….Aku sedikit terkilan kerana tiada disisi emak disaat-saat kematiannya. Jika semasa pemergian abah, kepala abah terkulai dihadapan aku, namun saat-saat kematian emak aku tiada disisinya……..Kami semua sudah kelihangan Abah dan Emak…

9.50 malam…… Telefon rumah aku berdering…melihatkan nombor yang tertera di telefon adalah nombor rumah kak mah…aku seperti dapat mengagak sesuatu……Tepat sekali tekaan ku…sebaik telefon kuangkat terdengar dicorong sana esak tangis kak mah…tanpa perlu kak mah berkata-kata aku tahu yang mak telah pergi menyahut panggilan Ilahi. “MAK DAH TAK ADA”…hanya itulah ayat dari kak mah dan terus telefon diletakkan.Aku terkedu seketika..kebetulan suami tiada dirumah, outstation. Aku terus menghubungi kak Nor dan kak lah dan kakak-kakak aku yang lain…….seolah tidak percaya mak akan pergi dalam masa terdekat ini. Serasa mak baru lagi bersama-sama kami…..namun apakan daya sudah tersurat ..ajal emak telah sampai..tidak terlambat atau tercepat walau sesaat. Aku redha dengan pemergian emak. Semoga…terhapus segala kesengsaraan , kesunyian jiwa emak dan kesedihan emak seteleh kehilangan abah….mak seolah tidak bersemangat langsung untuk meneruskan kehidupan semenjak pemergian abah..maklumlah lebih setenggah abad mengharungi suka duka hidup bersama abah.

Seterusnya aku terus menghubungi Van Jenazah kerana jenzah emak akan dibawa pulang malam ini juga. Setelah dapat van jenazah aku bertolak kerumah kak mah. Kebetulan suami tiba tidak lama aku terima berita kematian emak. Emak mentua aku ikut sekali ke Klang.Sepanjang jalan menuju ke rumah kak mah hati aku teramat sayu..mengenangkan emak. Aku tiba dirumah kak mah pukul 10.45 malam. Berdebar nak melihat jenazah emak. Diluar rumah telah ramai tetamu datang, antaranya Mak Wa, Long Bani, Zai , Makcik Sipah dan ramai lagi…..Aku terus menuju keruang tengah rumah…Ya Allah ..jasad emak terbujur kaku diatas katil. Aku lihat mak masih memakai kain batik aku.

Seterusnya aku ke Balai Polis untuk mendaftarkan kematian emak dan mendapatkan permit pengebumian. Kami merancang membawa jenazah emak pulang malam ini juga. Urusan pendaftaran mengambil masa yang agak lama kerana pada mulanya Pagawai Polis tidak mahu mengeluarkan permit pengebumian kerana waktu itu dah pukul 12 tengahmalam. Mengikut peraturan permit hanya dikeluarkan selepas jam 7 pagi. Namun setelah puas merayu akhirnya aku berjaya juga mendapatkan permit itu pada pukul 12.30 tengah malam. Alhamdulillah dipermudahkan urusan emak.


Khamis , 1 Julai 2005 - Pukul 1.00 pagi Jenazah emak dibawa pulang ke kampung halaman. Sedihnya hati tak terkira kala melihat emak dibalut dengan kain dan dimasukkan ke dalam tong jenazah. Ketika ini Gee pengsan mungkin kerana teringatkan pesanan Pakcik yang melarang membawa emak balik ke Kl siang radinya. Namun apa yang boleh dibuat kerana seandainya kami semua tahu pasti emak tidak akan dibawak semula ke KL, tapi telah telah tersurat yang mak akan menghembuskan nafas terakhir dirumah ini. Jenazah mak dibawa pulang manaiki Van Jenazah dalam hujan renyai-renyai ditemani Hafeez disebelah jenazah emak. Aku mengiringinya dibelakang van. Aku terpaksa balik ke rumah dahulu kerana menghantar mak mentua kau. Selepas itu suami terus memecut kereta menuju ke kampung. Sepanjang perjalanan airmata aku mengalir…anak-anakpula terlena di kerusi belakang..menambahkan kesunyian sepanjang perjalanan ini...terbayang kenangan bersama emak. Aku bertemu dengan van yang membawa jenazah emak di Bakri Muar, Batu 2. Semasa itu hujai renyai-renyai masih belum berhenti. Disubuh hening ini aku mengiringi jenazah emak pulang ke rumah pusaka emak dan abah…. Ini adalah persinggahan terakhir emak sebelum bersemadi.dipusara. Tak terkira sendu dihati ini mengiringi jenazah emak …serasa mak masih ada bersama kami, terbayang segala kenangan bersama emak. Terbayang emak yang terpaksa meninggalkan kampung halaman setelah kematian abah mengikut anak-anak kerana tiada sesiapa dikampung. Terbayang emak yang seolah tertekan duduk dirumah anak kerana perasaan malu…walaupun kami semua suka mak tinggal bersama kami, namun kami tahu jauh disudut hati emak, emak tidak bergembira duduk dibandar. Emak selalu terkenang kampung halaman, abah, jiran-jiran sekampung dan juga rutin harian dikampung. Bar terasa semalam menguruskan jenaza abah dari Johor Bahru bawak ke Kg, kali ni enguruskan jenazam emak pula dai KL. Kalau abah menghembuskan nafas terakhir di Johro bahru, manakala emakpula di Kuala Lumpur. Macam dibagi pula rasanya.

Pukul 4.00 pagi jenazah emak tiba di kampung . Suasana sunyi , hening dan syahdu menyelungi perkarangan rumah. Adik beradik dari Johor Bahru telah berkumpul dirumah dan mengemas mana yang perlu. Jenazah emak diangkat dan dibaringkan di ruang tamu rumah. Terbayang seandainya emak masih hidup tentu mak gembira dapat pulang ke kampung. Kini emak pulang juga ke kampung, ke rumahnya sendiri , tetapi dengan keadaan berbalut kain putih…macam juga seperti abah.....mak telah menjadi arwah….. Kami adik beradik membaca tahlil dan yasin untuk emak.

Selepas subuh tetamu ramai datang menziarahi emak. Kami merasakan saat untuk bersama-sama emak semakin singkat. Pukul 8.30 pagi jenazah emak dimandikan. Mak dipangku oleh anak-anaknya, kak Nor dibahagian kepala diikuti aku, kakak, gee dan kak mah. Kami berlima meriba jenazah emak, yang lainnya menjirus air ke tubuh emak. Ini adalah kali terakhir aku memandikan emak. Badan emak terasa lembut sekali. Mak kelihatan cukup segar selepas dimandikan….Ini kali kedua aku memandikann jenazah..kali pertama sewaktu kematian anak aku Anis Sabrina…dan aku tak sangka pengalaman itu akan berulang kembali dalam masa yang terdekat. Selesai dimandikan mak dikafankan…..dan akhirnya desembahyangkan di ruang tengah rumah…….

Perjalanan terakhir mak dengan menaiki van..diiringi Gee dan Mek..Aku menyusul dibelakang…..Tepat pukul 11.30 tengahari Jenazah Emak selamat disemadikan bersebelahan pusara Abah. Sayu melihat dua pusara, emak dan abah bersebelahan, Pusara Abah seolah-olah megalu-alukan kedatangan emak. Terbayang2 abah seolah olah tersenyum menanti kedatangan emak. Seolah tidak percaya kedua orang tua kamu telah tiada , telah pergi untuk selamanya….Kami telah kehilangan Emak dan Abah……Tiada lagi emak dan abah kami didunia ini…yang ada hanyalah jasa dan kenangan bersamaya…Semoga Roh emak dan abah dicucuri rahmat dan ditempatkan ke dalam golongan orang-orang ang beriman……

Selepas 3 hari kami semua meninggalkan rumah pusaka emak untuk kembali ke kota…rumah ini teramat sepi dan sayunya hati tak terkira untuk meninggalkannya….semoga kami adik beradik akan tetap kembali lagi kerumah ini walaupun mak dan abah telah tiada……

Hari Raya 1426H ini adalah pertama kali beraya tanpa emak…setelah pemergian abah, kami masih punya emak, tapi setelah emak juga menurut jejak abah…..hanya kenangan abadi yang tinggal……Kenangan bersama emak dan abah akan terus subur diingatan kami buat selamanya. Jasanya membesarkan kami sehingga menjadi seperti hari ini terlalu besar untuk dibalas. Tiada lagi wang ringgit dan harta yang diperlukan untuk emak dan abah…yang tinggal hanyalah doa dari kami anak-anaknya dan juga sedekah jariah …..semoga emak dan abah aman bahagia bersemadi di alam barzah…….AMIN….



Catatan….
Aku
Zainab Omar
zainab.omar@mtdgrp.com

1 comment:

  1. sedih , mennagis membaca catatan aku mengenai emak...tak sangka boleh juga aku menuli sepanjang ni..al-Fatihah untuk emak....dan abah...

    ReplyDelete