Thursday, June 11, 2009

Abah

02/08/2009 nanti genap 6 tahun abah (Atuk Lelaki) meninggalkan kami semua. Ntah kenapa
minggu ni macam rasa rindu pulak kat abah. Mungkin disebabkan tiap2 pagi pergi kerja dengar
stesyen radio kemukakan topik tentang "bapa" sempena hari bapa minggu depan ni. Antara topik
yang dikemukakan "bapaku ...", "hukuman dari bapa...", "kenangan bersama bapa..." dan lain2
lagi. Rasa jeles rasanya pada orang yang ada bapa lagi. Tapi itulah masa arwah abah masih
ada rasa malu nak menunjukkan yang kita sayang kat abah tapi bila dah tak ada ni terbayang2
pulak.


Terbayang macamana gigihnya abah dan emak kerja nak besarkan sembilan orang anak. Semua
jenis kerja yang mendatangkan hasil akan dibuat tanpa rasa jemu walaupun hasil yang
diperolehi tidak seberapa. Sebab itu abah paling berhemah dalam membelanjakan setiap sen
yang ada.

Pengalaman yang tak dapat dilupa, macamana abah sanggup buat persiapan kenduri cukup jambul
untuk Adam Danish sorang2, masa tu mummy yang baru lepas bersalin balik ke kampung nak
tunjukkan cucu kat emak dan abah tapi tak sangka pulak abah dah rancang buat kenduri terus.
Sampai kat kampung dah siap rebus telur dan menu2. Abah memang prihatin.
Semoga roh abah dan emak dicucuri rahmat, dijauhkan dari siksa kubur dan dimasukkan ke dalam
golongan orang2 yang beriman. Kami semua rindukan abah. Amin.

Inilah rumah pusaka peninggalan abah dan emak untuk kami sembilan beradik. Insyallah kami akan jagi rumah peninggalan ini. Di rumah inilah kami anak2, menantu, cucu2 dan cicit2 emak dan abah akan berkumpul setiap kali hari raya. Selain daripada hari raya kami tetap balik ke kampung untuk bertemu sesama sendiri.






Bacalah Diari Tarakhir Abah yang Mama Miraki tulis untuk mengenang hari2 terakhir abah.

No comments:

Post a Comment