Friday, June 12, 2009

Abah Lagi

Sempena Hari Bapa ni selain daripada sedekahkan doa dan ayat2 suci kat Abah, Mummy nak ingat semula zaman2 Mummy dan adik-beradik yang lain bersama abah.
  • Masa kecik2 abah panggil Mummy "FUZI", tapi bila Mummy dah besar abah pun terikut2 orang lain panggil "GEE" juga....
  • Dalam family Mummy yang ikut fizikal abah, abah kurus tingi, cam Mummy gak le (hihi....itu dulu2 ler sekarang...sendiri mau ingat)
  • Bila nak mintak duit belanja sekolah, abah selalu cakap "pegi ambik kat kocek", tapi yang boringnye dalam kocek seluar dia tak ada duit pun...
  • Kalau kami adik beradik tak baca buku Abah selalu cakap "besar esok nak jadi macam abah noreh getah ker?", pertanyaan sinins yang membuatkan kami bukak buku (bukak jer buku...baca belum tentu..hiii...maaf yer bah)
  • Abah selalu suruh pijak belakang badan dia, malas betul nak buat, saja jer pijak kuat2 biar abah tak suruh lagi lain kali
  • Kalau orang datang rumah, kita jamu 'teh-o' jer abah kata macam layan budak2 jer, koman2 kena bancuh kopi
  • Emak selalu bising dan potpet2 sebab Abah suka bawak motor laju-laju....kalau sekarang sure dah dipanggil "Atuk Rempit"
  • Kalau dengar anak menantu dan cucu nak balik, stok makanan tersedia mengalahkan orang nak kenduri dan menu pelbagai dah terhidang sedia untuk dimakan.
  • Pagi2 anak cucu belum bangun tidur, abah dah siap rebus ubi dan buat air kopi.
  • Hari kedua Raya Aidil Fitri mesti abah dah start puasa enam, kami adik beradik puas ler suruh dia jangan puasa dulu sebab nak makan ramai2. Time kami breakfast dia dah sapu sampah keliling rumah.
  • Abah rajin dan pandai masak (maklum ler bekas ketua masak kat kampung untuk kenduri kendara)
  • Abah banyak tanam pokok buah2an di usia lanjutnya, dan kami adik beradik selalu cakap "abah ni dah 'asar' baru nak tanam pokok buah", dan abah akan jawab " ya tak apa, kalau Abah tak sempat makan, buat tinggalan anak cucu. Dan perkara tu benar2 terjadi cempedak, manggis kuini dan rambutan tak putus berbuah tiap tahun. Pokok cempedak berbuah sulong masa abah dimasukkan ke HSA. Sempat digoreng dan bagi abah rasa.
  • Suka beli 'tanah merah' untuk tambak laman rumah, so kawasan rumah jadi tinggi, rumah orang lain banjir rumah kami ok jer.
  • Terlalu ringan tangan, masa buat surau depan rumah tiap2 hari abah tak tinggal datang tolong gotong royong
  • Abah tak suka pegi jumpa doktor, kalau sakit setakat makan ubat dan tidor sekejap. Lepas tu dia dah boleh pergi kebun.
  • Abah tak suka orang yang slow@lembab buat kerja, bagi abah semua kerja kena cepat
  • Kami gelar Abah amalkan undang2 tentera sebab kalau waktu makan, memang kena makan waktu juga, tak boleh nak tangguh, walaupun kami tak lapar tapi kalau abah dah panggil makan kena makan juga
  • Abah penyayang ngan anak cucu, kalau cucu2 balik memang silih berganti abah bawak naik motor pergi kedai beli aiskrim
  • Abah sangat displin bab berkaitan dengan bil2, telefon, air, cukai tanah dan lain2. Rasanya kalau pagi dapat bil, petang tu dia dah pergi bayar, tak der tangguh2 (bukan cam Mummy, dalam setahun ntah berapa kali dapat notis nak potong air, tepon dan letrik...hihihih)
  • Abah tak berapa percaya dengan bomoh2 dan dukun. Pada abah daripada suruh orang lain baca doa dan mintak air ker apa, baik sendiri yang berdoa mintak dengan Allah, lebih afdal.

No comments:

Post a Comment