Wednesday, June 10, 2009

Penang Trip

Dah lama Mummy tak update blog. Trip ke Penang dua minggu lepas pun tak sempat nak cerita. Tak apa kalau nak tahu cerita lanjut pasal trip ke Penang, boleh visit blog Mama Miraki.
Penang Trip - Part 1 Penang Trip - Part 2
Penang Trip - Part 3 Penang Trip - Part 4
Penang Trip - Part 5 Penang Trip - Part 6
Good Bye Penang

Jangan marah ye Mama Miraki, Mummy malas nak ulang cerita, so kira sama jer lah cerita kita. Mummy cuma tambah sikit2 dan letak gambar2 yang mesti punye tak ada dlm blog Mama Miraki.

Disebabkan Mummy sampai lewat, dia orang bagi Mummy suite paling atas 701...kira ala2 'pentsuite' gitu. Ini permandangan di ambil dari suite Mummy.



Santai tepi swimming pool lepas breakfast



Inilah 'barisan hadapan' semasa majlis pertunangan Arif. Cuma makcik pakai baju hijau tu cam tak 'sesuei' ler jadi 'barisan hadapan'....hihi..jangan mare Kak Lah.



Wajah masing2 selepas 'tank' masing2 penuh, tersanfar cam tak nak bangun jer tu.


Selepas majlis pertunangan, konvoi dah berpecah, ada yang pegi makan durian di Balik Pulau, pegi Tokong Ular, cari jeruk mangga dll. Mummy balik ke hotel ikut jalan Balik Pulau. Sempat singgah makan durian lagi. Tapi lupa lah pulak nak makan durian. Kat Balik Pulau memang tengah musim durian. Geram betul tengok buah durian bergayutan kat pokok sepanjang jalan menuruni Balik Pulau. Ini pemandangan kat empangan air. Cantik kan?

Ini pulak pemandangan kat Miami Beach


Malam sebelum balik Mummy ingat nak makan kat Batu Feringhi, malangnya dah sampai sana tempat parking tak ada. Malam memang ramai betul orang kat Batu Feringhi. Last mummy patah balik ke area Naza Hotel dan makan kat Tulang Corner jer. Budak2 pun dah tertidur dalam kereta, tengok lah aksi masing2 sementara tunggu makanan sampai.


Apa2 hal pun, Penang Trip ni memang best, walaupun agenda dan aktiviti lari daripada apa yang dirancang, yang penting semuanya selamat pergi dan selamatr balik, walau ada kereta yang rosak di jalanan. Insyallah may 2010 kita buat lawatan ke Penag sekali lagi, dan mungki kali ini lawatan dilanjutkan ke Pulau Langkawi. So bolehlah menabung dari sekarang untuk tahun depan punya trip.

No comments:

Post a Comment