Nak cerita dari mana ek... tak kan dari akhir Ramadhan kut... eh tapi sebelum tu Mummy & family nak ucapkanlah Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin kepada pengikut2 blog Mummy ni dan silent reader (kalau ada la...). Kalau ada kandungan n3 Mummy sebelum2 ni yang menyinggung hati uols Mummy mintak maaflah ye, tak de niat pun nak menguris hati uols semua.
Tak pe la walau dah basi Mummy nak gak cerita dari awal persiapan Mummy nak balik kampung untuk sambut raya. Memang sangat2 teruja nak balik kampung lagi pun tahun ni kan turn balik kampung Mummy dulu mestilah terlebih2 suka. Alahai korang pun cam Mummy gak kan bila balik kampung sendiri mesti lah perasaan suka dan gumbira tu berlebih2 kalau dibandingkan bila turn balik kg inlaw. Kecuali la uols ni ada sikit darah si tanggang yang mengalir kat tubuh badan, dapat kahwin ngan orang senang so dah tak suka balik kampung halaman sendiri....ish ish ish...harap2 tak de la readers Mummy yang cam tu ye...
Oklah malas nak bebel... mak it short, Mummy balik kg hari Ahad 28 Ogos... plan nak balik lepas Subuh tapi nak buat camana Naza still kat workshop...in the end kul 11.30am baru bertolak. Sebelum tu mestilah calling2 dan janji2 dulu ngan adik beradik Mummy nak balik pukul berapa nak bawak lauk apa dll
Sebelum bertolak kena tengok checklist dulu kalau ada yang tertinggal harubiru nanti...
Cenderamata kecil dan duit raya untuk semua adik beradik Mummy
Duit raya untuk anak2 saudara, budak assalammualaikum dan yang sewaktu dengannya. Biasalah tiap ikatan ada nilai yang berlainan
Hah yang ni lagi tak boleh tinggal... duit raya untuk kami 9 beradik dari dana keluarga. Cuma Mummy dan Mama Janet je yang tahu berkenaan pemberian duit raya ni... kira surprise pada dia orang la...
Hah yang ni pun penting gak...ya la Mummy kan balik rumah tinggal so nakharapkan siapa lagi untuk sediakan makanan, kami bawak la baliak tiap sorang sejenis dua lauk, kat kampung nanti tingga masak nasi je. Mummy masak 2.5kg udang goreng gajus...
Sebahagin barang2 yang diangkut balik kg...tu tak termasuk toto, bantal2 dan selimut dah macam orang nak pindah rumah pulak
Sorry la ye yg ni tak de kaitan ngan n3 tapi saja je nak tunjuk my bunga kangung collections...2 almari ni khas utk pinggan mangkuk lama corak bunga kangkung je, corak lain kat almari lain
Lain2 corak duduk diam2 kat sini ye... kekwa merah, kekwa hitam, rose hitam, ros jambatan, sakura, bunga sabun, 5 roses, wild roses, grapes, set baba nyonya dan yang sewaktu dengannya...
Jangan lupa susun biskut raya dulu...mana tau penat2 balik dari kampung nanti ada terjahan dari tetamu2 tak la kalut sebab kuih dah ready
Cepatlah Daddy... dah lambat ni, bila nak bertolak????
Posing dulu sebelum tinggalkan rumah
Perjalanan jauh tak ku rasa, kerna hatiku melonjak sama..ingin berjumpa sanak saudara yang selalu bermain di mata... anak2 tak sabar2 nak sampai kampung atuk
Jalan Air Hitampun lengang je tak banyak kereta
Masa Mummy sampai ke kampung baru ada 3 biji kereta je, family Mama Janet, Datin S dan Kak Mah, so kira Mummy orang yang ke-4 daripada 9 beradik le yang sampai dulu, actully Mummy boleh sampai awal tpai kan kita orang tidur kat R&R Ayer Keroh hampir sejam setengah... Daddy ngantuk dan Mummy pun ngantuk gak so tak de sapa larat nak drive.. last semua zzzzzzzzzzz
Masa Mummy sampai Mama Janet tengah anyam ketupat...
Mama Janet kata siapa yang tak anyam ketupat tak boleh makan ... satu kepala 5 biji ketupat so Mummy ada 6 orang kena lah anyam 30 kelongsong ketupat ni....huhu... zalim kan Mama Janet ni...cam ni Mummy rebus ketupat mini segera je la...hahaha
Lepas siap anyam ketupat Mummy ronda2 keliling rumah...
Pondok comel tempat lepak anak2 dan bapak2 gak
Rambutan yang dah kuning2 masak.. tapikan nak makan rambutan ni kena hati2 sikit sebab penuh dengan semut
Mana lagi cantik, anak dara Mummy ni ke bunga kertas tu? hehehe
Stock bahan2 kering dah macam nak buat mini kenduri ni... beras 30kg utk 52 orang waris Hj Omar & Hjh Amanah
Nah ambik ko bawang sedulang
Minyak masak 2 botol besar, pencuci pinggan dan spray tu khas utk YB Bukit Mutiara selaku ketua bahagian pembersihan
Sebahagian biskut raya yang dah sampai ke rumah... sorang bawak sikit jadilah banyak... apa yang penting? Kerjasamaaaaaaa
Berbuka puasa 28 Ramadhan tu cuma ada family Mummy, Mama Miraki, Mama Janet, Datin S & Kak Mah je... yang lain2 sebelah malam baru sampai...
ok la cukup utk episod pengenalan... sambung episod2 seterusnya kalau puan director tak sibuk ye....
4 comments:
Kita tamak kan anyam ketupat sampai 110 biji. last2 tak abis buang....penat tau aku n hubby je menganyam 40 biji.Kak Kay n mama miraki tak terlibat langsung.Tapi bab ketupat palas serah kat mama miraki.Tiada tandingan gitu...Nasi dagang Kak Kay terror
Mama janet , sejujurnya aku memang dah lupa cam ne nak anyam ketupat, ye la asik2 ketupat segera je, nanti bila2 aku nak belajar anyam ketupat ngan ko ye..
oh..br terbukak rahsia rupanya ko tak pandai anyam ketupat.
Mummy Gee....betul ler ada org tu bila kawin dapat laki kaya..yg diceritakan asyik keluarga MIL dia aje.mak sendiri kt kg duk jauh di pendalaman dilupakan.tak baik kan..kan
Arwah biong kata kalau kita x pandai anyam krtupat nanti bil kita mati kena ?????? mengarut je kan!
Post a Comment