Bukan senang nak kumpulkan ahli keluarga yang ramai dan satu masa, alhamdulillah tradisi berkumpul di rumah pusaka secara dwi-tahunan dapat diadakan tahun ni. Memang tiap tahun bila raya kami balik kampung tapi tak la semua orang dapat balik sebab giliran beraya di rumah mertua. So kalau balik pun dah raya kedua or ketiga. Jadi memang rasa sangat2 seronok dapat berkumpul ramai2 cm ni. Kalau arwah emak dan abah ada lagi merekalah orang yang paling gembira sebab semua anak, menantu, cucu, cucu menantu dan cicit dapat berkumpul.
Actually Mummy bersyukur sangat walau pun adik beradik Mummy semua dah berkeluarga dan ada rumah masing2 tapi insyallah kami kerap berkumpul adik beradik. Gombak, Ampang, Cheras, Klang, Bangi, Muar, Kota Tinggi, Kulai dan JB lokasi adik beradik Mummy. Kalau yang zon tengah memang selalu jumpa la... walaupun tak raya setidak2nya 2-3 bulan sekali kami tetap balik kampung....
Nak menyusun dan arrange 52 orang serentak untuk bergambar bukan mudah, orang ni ada orang tu hilang orang ni datang orang ni lari kejap gi tandas.. kira berpeluh2 gak la... Bab bergambar2 ni Mummy & Mama Miraki la yang kecoh dan terjerit2, suruh anak2 buah susun kerusi la, panggil kakak2 dan abang2 turun bergambar dan lain2 lagi la... letih nak cerita...jom layan behind the scene before terhasil photo family yang tak ternilai harganya...
Ish manalah budak2 ni? Cepat sikit susun kerusi
Antara cameramen yang bertugas di pagi raya... tak silap ada 8-9 camera tak masuk yang guna handphone la ipad la dan sewaktu dengannya...
Cepat2 duduk dan beratur, dah panas dah ni... kerusi untuk para isteri ye, suami duduk belakang isteri masing2... anak2 duduk
Aduh orang suruh duduk nak ambik gambar dia orang sibuk ambik gambar sendiri2 la pulak... letih betul akak jadi director ni..
Ya Allah bila lah dia orang ni reti nak duduk diam, penat dah
Hah ok... pasa isteri dah duduk.. ni para suami mani ni.. berdiri belakang isteri masaing2... jangan salah isteri ye
Hah cepat bentang tikar tu.. anak2 duduk kat tikar tu yer...
Apa pulak aksi si Along ni buat....
Aha bagus...anak2 semua duduk kat tikar ye
Selepas berpeluh2 dan terjerit2 akhirnya terhasil lag gambar yang tak ternilai harganya ni. My biggggggggggg family... 52 orang (+ sorang bibik) dari 3 generasi dapat disatukan. Semoga tahun 2013 kami diberi peluang untuk bergambar seperti ini lagi.




3 comments:
Hehehe..... aku yang baca n tengok pun berpeluh2 baru dapat sampai ke gambar yang last...
memang rewut (bahasa jawa) betul masa sesi bergambar ni.apa tak nya semua pegang kamera atau hp.dia ambik gamba dia..
nasib baiklah "Pengarah Fotografi:ni seorang yg penyabar tau...dari tahun 1999..aku ambik tender menyusun kerusi nak ambik gambar tau
Post a Comment