Monday, September 5, 2011

Corat-coret Raya 2011 : Episod 'Pagi Raya'

Gema takbir di subuh hari
menjelang sudah aidil fitri
tapi hamba musafir diri
.... huhuhu sedihnya lagu


Suasana pagi raya di kampung... Mummy suka suasana pagi cam ni, kekadang berkabus, rasa cam damai je kan...


Alhamdulillah. Kesemua ahli keluarga Mummy seramai 52 orang dari 3 generasi dapat berkumpul pada raya kali ni. Laman rumah ni dah jadi cam used car centre je... Masa ni masing2 sibuk tengah mandi dan bersiap pakai bau raya


Hubby pun nak kena tolong siapkan.. make sure kasi hensem2 di pagi raya ni...heheh


Itulah Hafeez, C.Gee kata kahwin je, nanti ada lah oran gtolong siapkan... ni mintak tolong si adik je pulak

Adik bangunlah orang lain semua dah pakai baju cantik2 ni.... si Dafiy antara yang terakhir bersiap, ni semua gara2 tidur lewat malam tadi, rasanya pukul 2-3 am dia baru tidur kut


Tenyeh jangan tak tenyeh,klau tak cukup tepong ngan kunyit banyak kat dapor...


Seawal pukul 8am dah ramai orang2 kampung yang datang ke surau. Beruntung juga abah wakafkan tanah untuk surau ni setidak2nya walaupun hari2 biasa rumah pusaka tu tak berpenghuni setidak2nya bila waktu solat ada gak orang kat halaman rumah kami ni.


Solat raya di surau depan rumah... tak muat dalam surau sampai kat luar surau orang solat


Orang sibuk solat hari raya Mummy sibuk snap2 pulak...hehehe

Lepat solat sembahyang raya, kami buat open house untuk orang2 kampung, tradisi yang telah abah mulakan. Walaupun abah dah tak ada lagi kami tetap teruskan tradisi ni, walaupun sekarang ni diadakan setiap dua tahun

Danish & Ariel ... pramusaji kecil ...pakcik dan anak saudara


Menu untuk open house jiran2 tetangga dan orang2 kampung pinang seribu


Ketupat nasi dan ketupat pulut


Lomang melotup import dari KL


Rendang daging dan rendang ayam pedas


Nasi kerabu hasil tangan Kak Kay


Sayur lodeh dan kari ayam


Sambal kacang dan jelatah (aksesori nasi kerabu)





Cikgu Razak sebagai wakil penduduk kampung sedang bagi  ucapan

Cikgu Bahrin @ Cikgu Besor bagi ucapan bagi pihak keluarga kami...

Terima kasihlah kepada penduduk2 kampung Mummy sebab sudi lagi bertandang ke rumah kami walaupun Emak dan Abah dah tak ada dan kami tak tinggal pun kat kampung ni.

Tunggu episod seterusnya.. dijamin lebih ceria dan meriah dengan gambar2 raya

2 comments:

  1. Mummy Gee, nak wat pembetulan sikit, hasil tangan kak kay tu nasi dagang le bukan nasi kerabu...

    ReplyDelete
  2. cepat ler sikit, mama miraki dh sampai part 8.ni nak sampai perkampungan org asli entah part berapa

    ReplyDelete