Monday, September 26, 2011

Projek recycle

Raya dah nak habis lagi 2-3 hari. Camandengan biskut2 raya kat rumah? Hah ada yang tak bukak lagi...ish ish ish... banyak bebenor kut uols buat biskut tunjuk2 tu...hihi. Mummy dah bawak ke dapaor dah balan2 kuih raya, dah tak letak kat meja sofa lagi dah. Banyak gak yang dah bawak gi opis.

Dalam banyak2 kuih raya tu, ada kuih favourite Mummy, dodol dah keras la pulak. Walaupun dah keras tapi dia tak berkulat atau bau hapak (confirm diletak bahan pengawet ni...heheheh). Dodol ni kalau dah keras Mummy dan anak2 tak suka sangat, so apa  kata kita makeover dia jadi dodol baru. Rasaya ada ke yang nak buat cam apa Mummy buat ni ye? Baik je gi beli dodol yang baru je kan... hihih. Tak baik tau membazir namanya tu...oklah apap2 pun jom layannnnnnn

Panaskan santan dan campak daun pandan bagi wangi. Mummy guna santan kotak harmoni je.

Dodol yang dah keras tu potong kecil2... lagi kecil lagi bagus tak de la lama sangat nak tunggu dodol tu cair.

Agak2 dah pecah santan tu masukkan le dodol yang dah dipotong kecil2 tu. Kacau le sampai dodol tu cair

Dodol keras dah mula cair....dekat sejam gak le nak menunggu dodol ni cair

Bila dodol keras tu dah cair kacau le lagi hingga dodol nipekat semula. Mesti uols dah lama tak nampak buih meletop2 atas kuali masa kacau dodol ni....

Oklah dah pekat dan likat kira boleh angkat je la.... penat dah tangan Mummy mengacau dodol ni

So kalau ada sesiapa yang teringin makan dodol yang lembik2 cam abah buat dulu, mai la datang ke rumah Mummy... bestkan dulu2 makan dodol lembik ni atas daun pisang...

Sorry le gambar yang awal2 tu blur sikit sebab ambik gambar guna HP cikai Mummy je, masa tu camera tengah charge bateri.

3 comments:

  1. Gambar yg 3rd tu, MM bukan membayangkan dodol tapi terbayangkan cincau + soya.. mak aiii sedapnya klu dpt soya cincau ais mlm2 panas mcm ni Mummy.

    ReplyDelete
  2. wah dodol cam yg atuk baru angkat letak kat dulang... bestnye

    ReplyDelete