Monday, September 19, 2011

Tsunami melanda Parit Sulong

Kelmarin tsunami melanda kampung Mummy mengakibatkan bahagian dapor rumah pusaka Mummy ni ranap sama sekali. Korang ada tengok berita ke tidak? Nasib baik tiada sesiapa yang terkorban atau tercedera.

Bahagian dapor ranap sama sekali, dinding dan bumbung semua berterbangan

Agak menghairankan kerana sebahagian besar dapor ranap tapi 'bilik kecil' terselamat... kelihatan pemilik rumah sedang memeriksa keadaan di dalam bilik kecil bagi memastikan tiada mangsa terperangkap

Nasib baik semasa kejadian tiada sesiapa yang sedang melepaskan 'hajat' di bilik kecil ini...

Zink bumbung yang berterbangan

Dua almari antik ini terselamat... dan mungkin akan dilelong kepada peminat2 antik... sesiapa berminat sila bid harga

Kaca berwarna yang sudah berkecai ini pun mungkin akan dilelong kepada peminat2 antik juga kerana dijangkakan lagi 10-15 tahun nilai dipasaran akan mencecah RM500 sekeping...

Sekian berita terkini palsu. Saya Mummy Gee melaporkan dari TV 3 Suku... hihihi. Sorry la yer saja nak lepas tension ni... tak de nye tsunami ke apa tapi ni tsunami yang dilakukan oleh manusia sendiri. Ni semua permulaan kerja2 renovation dapor kat rumah pusaka kami. Bahagian dapor tu dah diruntuhkan dan akan dibangunkan semula dengan keluasan 30 x 30 ... hujung tahun ni insyallah siap...

p/s Gambar2 adalah hasil cilok dari FB Mama Janet ...heheh

9 comments:

  1. Buat suspen je Pn Fauziah ni!!!! Grrr!@!!
    Baru semalam lalu macam ok je..
    Projek megalah ni

    ReplyDelete
  2. almari antik, isnyallah akak akak nak balik dan bawak ke JB + cermin warna warni....nie 1st bidder nie..

    ReplyDelete
  3. silap ye projek mega 30x36..dgn bajet dekat2 100k.

    Aku takut lepas ni misi bantuan tiba mencurah2.

    ReplyDelete
  4. Aku nak resmikan buat kenduri Harith sunat boleh ke...?

    ReplyDelete
  5. proje RMK ke 10 ni....tapi bukan guna Wang Ihsan yea...hehehehehehe....

    ReplyDelete
  6. aku cadangkan buat kenduri sunat sekali Harith, Danny n Adam kat kampung kan meriah...Tak de lah kejap nak ke bangi pas tu ke kulai...

    ReplyDelete
  7. Kak Kay - best la buat majlis banyak kali boleh jalan2 cari pasal....

    Mama Miraki - Allocation untuk budget RMK10 ditahap minimum, kecuali pelabur2 luar negara sanggup buat pelaburan

    ReplyDelete
  8. kak kay.."NGOMONG KAI KEPENAK" nanti susah ler nak nyumbang dgn sape kalau wat saing2

    ReplyDelete
  9. Mama Janet, ye nyumbangnya ngan Yin n Gee aja, apa ko nak nyumbang ngan aku sekali ye..hehehe...

    ReplyDelete