Wednesday, September 7, 2011

Corat-coret Raya 2011 : Episod 'Jalan-jalan cari duit raya'

Acara yang paling ditunggu2 bagi anak2 dan juga emak2 adalah sesi bagi duit raya. Lepas penat posing2 indoor dan outdoor agenda bagi dan kutip duit raya. Bukan gi kutip kat rumah jiran or orang2 kampung tapi kutip duit raya dalam rumah je.... seronokkkkkk. Bayangkan bukan setakat kami adik beradik yang bagi duit raya pada anak2 saudara dan cucu2 saudara tapi anak2 saudara Mummy yang dak kerja pun ikut bagi duit raya kat adik2 dan sepupu sepapat mereka dan kalau ada yang tak malu cam Mummy ni boleh dapat gak duit raya dari anak2 saudara...hahaha... skil kena tip top la baru dapat....


Selalunya Kak Long orang pertama akan bagi duit raya diikuti oleh Kak Noor dan seterusnya hingga ke Mama Miraki, lepas tu turn anak2 saudara pulak.. memang  kecoh dan seronok sangat2... Dan pembahagian duit raya ni ada kategori la pulak samada terbuka atau tertutup, kalau tertutup tu maknanya duit raya khas untuk yang belum kerja je tapi kalau terbuka tu untuk semua anak2 saudara tak kisah lah dah kahwin ke dah kerja ke semua boleh dapat... saja je seronok2... bayangkan la 35  orang (26 anak saudara + 4 anak saudara menantu + 5 cucu saudara) beratur untuk kutip duit raya. Yang bagi duit raya pulak ada 14 orang (9 beradik + 5 anak saudara) , so berpeluh la dia orang beratur....heheh...yang penting masyukkkkkkkk hehehhe... tak pegi beraya rumah orang lain lagi pun poket budak2 ni dah kembung.... ( tengah fikri2 ni... klau anak ada 10 orang best gak kan... hahahahah)



As usual acara bagi duit raya dirasmikan oleh Kak Long... dan Abang Enal bertindak sebagai coordinator untuk melicinkan acara ni


Terima kasih Aunty... psst Along, duit raya tu bagi kat Mummy ye, Mummy dah kering ni...


Terima kasih Cik Mah..Eija, tahun depan make sure Cik Gee dapat duit raya dari Eija tau...heheh

Amboi2 Ayu, gigih mengirini anak kutip duit raya nampak ...Kak Lah


Cepat2 siapa lagi tak dapat duit raya dari Mama Janet ni...


Berapa kali Along claim duit raya kat Mummy ni?

Iwan yang dah tua pun dapat lagi duit raya dari si kakak

Sepupu bagi duit raya pada sepupu...


Makcik2 gigih beratur nak ambik duit raya dari anak2 saudara... heheh


Wajah ceria emak bapak budak yang lepas dapat duit raya

 
Lepas kutip duit raya masing2 kepenatan...phuhhh  berpeluh2... ha anak2 bak sini duit raya Mummy tolongggggg simpankan
Banyaknye duit ko Eira... 2 bulan emak tak bagi duit belanja sekolah tau

Duit raya terbesar untuk kami adik beradik dari peninggalan emak dan abah, walaupun abah pergi dah 8 tahun danemak dah 6 tahun tapi setiap tahun kami dapat lagi duit raya ni... Al-fatehah untuk emak dan abah... Cuma Mummy selaku penjaga duit dana keluarga dan Mama Janet (tukang kutip hasil bulanan kebun sawit) yang tahu pasal pembahagian duit raya ni... masing2 tak sangka dapat duit raya ni sebab few months before this masing2 dah dapat duit... tak de ke yang nak belanja Mummy makan yer....heheh

Tudung2, kain pelikat dan sedikit duit raya untuk kakak2, abang dan adik Mummy... sudilah terima ye.. ada rezeki lebih insyallah tahun depan Mummy bagi yang lagi cun yer....heheh

Lepas ni nak buat episod apa pulak ek....

1 comment:

  1. Kalau lah hariraya datang setahun 3,4 kali seronoknya.....

    ReplyDelete