Friday, September 23, 2011

Dia datang lagi....


Yeeeeeeehhhhaaaaaaaaaaaaaaaaa.... hari ni dah hari Jumaat... esok lusa cutiiiiiiii.... Sukanya Mummy ni bila weekend mengalahkan orang nk pegi cuti2 Malaysia je... hahaha. Mummy tak sabar cuti esok ngan lusa sebab tak sabar nak buat kerja2 rumah dengan lebih sempurna....

Sekarang ni tak ada bibik so tingkat atas tu memang Mummy sapu seminggu dua kali je. Kalau tingkat bawah tu still sehari 4-5 kali Mummy sapu. Tingkat bawah je yang kena mop hari2, tu pun sebab tak larat nampak bekas susu tumpah la air tumpah la... heheh

Tak pe la penat2 operasi rumah dan cuci kain baju tengahari tak payah masak... hihih. Gantung periuk lagi le nampaknya minggu ni... jemputan ke rumah terbuka diminggu terakhir Syawal ni datang mencurah2.... al-maklum lah Mummy ni kan orang fofular, mestilah ramai orang datang jemput ke rumah....hahhaha.....rasa cam nak muntah je kan....hihihi

Actually malam ni pun dah start gantung periuk belanga sebab jiran selorong Mummy si Datin Afidah tu buat open house lepas maghrib. Memang bergebang le Mummy dan jiran tetangga ahli mesyuarat tingkap sampai tengah malam jawabnye... hihih

Hari Sabtu jiran setaman dan rumah emak saudara Daddy kat pocong Puchong pulak buat open house. Jiran Mummy buat lepas Zohor hingga maghrib dan mak saudara Daddy pulak buat lepas Isya sempai tengah malam....

Hari Ahad pulak my BFF punye open house, Achik @ Shila ahli gang bas sekolah Three Stoogers masa kat U dulu buat open house, dan boss Daddy pun buat open house, lokasi rumah sejalan so boleh le pegi dua2. Actually gang bas sekolah  masa kat SMDS pun nak buat ala2 re-union kat rumah salah sorang classmate Mummy ni gak, tak tau la Mummy sempat pergi ke tak.....

Raya pun dah nak habiskan so dengan rasminya Mummy nak buat pengumuman yang tahun ni memang Mummy tak buat open house ye. Biskut2 raya pun Mummy dah bawak gi opis bagi opismate makan. Untuk saudara-mara dan suku-sakat Mummy di zon tengah ni, nantilah lepas2 raya Mummy buat hi-tea dan BBQ untuk kita2 semua... bagi le cadangan tarikh2 yang sesuai ye....




4 comments:

  1. Mummy Gee, boleh tak budget open house tu gi bawak kita orang jalan2@ cuti2 malaysia...jangan le asik bagi makan je,kan kita dah gebusss sume...

    ReplyDelete
  2. Itu satu cdngan yg bagus......wt open house pun bukan cukup rm 1k, so duit tu putarkan tuk g beriadah tmpt yg murah2 asal dpt bergosipping n brkumpul

    ReplyDelete
  3. Selamat mengemop, selamat mengelap, selamat memvakum

    ReplyDelete