Monday, September 12, 2011

Apa nak buat bila marah?

hari ni Mummy tak de mood nak buat n3, lagipun cam tak de idea je  nak tulis pasal apa, kalau Mummy upload gambar2 raya nanti uols bosan pulak kan...

dalam keadaan emosi tak berapa stabil ni (tak lah sampai tahap kritikal...hehehe), nak tanya uols la kalau uols tengah marah apa uols buat? Jom kita kongsi2 tip apa nak buat bila kita marah... tips ni dapat dari berbagai sumber


  • Pergi mandi dan ambil  wudu' kalau kat rumah bolehlah mandi kalau kat opis amik air sembahyang je la
  • beristifar banyak2
  • sedar yg korang sedang marah. Katakan pd diri 'saya sedang marah' jadi dapat menghalang kita dari bertindak mengikut hati dan kemudian menyesal
  • Jauhkan diri dari tempat yang buat kita marah tu (kasi space kat diri sendiri untuk bertenang
  • bertenang dan tarik nafas dalam-dalam (susah gak tu tengah marah nak bertenang..)
  • cuba ketawa, ketawa itu muziknya jiwa (cam tak betul la pulak tengah marah tetiba ketawa...hihi)
  • jangan ikut sangat perasaan marah (ikut hati mati)
  • berbincang dengan org lain jika tak mampu mengendalikan kemarahan.
  • memaafkan orang yang buat anda marah dan terima kenyataan bahawa manusia melakukan kesilapan.



setiap manusia ada cara dia sendiri..kan? so kongsilah sikit dengan Mummy apa uols buat. Lain kali Mummy buat n3 klu kena marah apa nak buat pulak ye.

2 comments:

  1. Saya kalau marah, saya tidur.
    Bangun tidur, dah hilang Puan Fauziah.

    ReplyDelete
  2. Saya kalau marah kena menelefon orang Mummy Gee.. kalau dpt bercakap dgn org2 yg bersesuaian jiwa, hilanglah marah saya.

    ReplyDelete