Monday, September 5, 2011

Corat-coret Raya 2011 : Episod 'Makan Besar'

Jangan ingat masa tahun baru cina je ada makan besar... ramadhan terakhir sebelum raya tu pun Mummy & family buat makan besar... suku sakat semua dah balik kecuali 3 kereta lagi anak2 saudara Mummy yang masih dalam perjalanan...meriah sungguh majlis berbuka puasa...lebih kurang 45 orang dapat berbuka bersama...

Pukul 7pm terus hidang menu buka puasa... lebih kurang 45 orang dapat berbuka bersama2... ada yang terpaksa berbuka di R&R gak... jom la layan menu buka posa kita orang. Macam2 ada

Ketupat rendang dah masak so boleh le makan, tka perlu tunggu pagi raya


Sambal udang petai dan cendawan kukur yang sangat2 mables


Ayam goreng dan kupang goreng berlada...hot items ni....kejap je licin


Mee goreng dari Chef Tanty... sedap makan panas2

Berbagai jenis kuih muih dari bazar ramadhan


Ulam2 cicah budu dan sambal belacan


Kembar tak seiras... si lonjong dan si bulat


Mummy AJK air.. dah tuang siap2 dan susun kat dulang ambik la air apa nak... oren, tebu. teh, air kelapa, kopi, teh-o, teh-tarik, kopi dll

Pramusaji bertugas...

'Lalu lintas' yang agak sesak di meja buffet

Anak dara Mummy si Dania, alhamdulillah sehari je dia tak puasa... masa Mummy umur 6 tahun dulu rasanya Mummy cukup tak puasa.... hehehhe

3 comments:

  1. Seingat aku masa umur 9 tahun baru nak mula puasa.

    ReplyDelete
  2. Aidil fitri yang sangat ceria dari segi makanan, persiapan, pakaian, semua lah serba serbi ceria..

    ReplyDelete
  3. Kak Kay..lagi satu ceria dari segi kewangan.masing2 membawa wang yg mencukupi dan tak perlu g cucuk kat PS

    ReplyDelete