Wednesday, September 28, 2011

Project hari cuti...

Assalammualaikum semua.... Uols taukan semalam Mummy ambik EL sebab dafiy tak sihat lagi dari demam, semalam daddy dah cuti so hari ni turn Mummy la. So disebabkan Dafiy jenis tak merenggek walaupun demam so sempat le Mummy buat cheese tart ni. Kalau hari ni baru nak buat tart shell dan hari ni gak nak mendeko2 rasanya cam malas gak tapi sebab tart shell memang dah ada tu yang on je project, lagi pun Mummy dah beli 3 ketul cream cheese, simpan lama2 pun bukan boleh.

Sebenarnya kan Mummy ni dulu tak suka sangat cream cheese ni ... tapi sekarang ni cheese tart Mummy dah boleh layan

Pilihlah yang mana satu idaman kalbu...


Strwberry cheese tart ... nak lukis strawberry jadi 2 biji ceri... tibai je la labu


Orange cheesetart ... corak bunga kembang setangkai tak tau le bunga apa rupa cam ni, tulip tidak rose pun tak 


Bluberry cheese tart design biasa2 je sebab dah penat

behind the scene... khas untuk orang yang rasa2 nak buat la... kut malas tu order je la kat Mummy murah2 je....hehehe... iklan lagiiii

Pipikan filling dalam tart shell yang dah siap.Pas tu cover ngan cream cheese yang dah dipukul gebuzzzzzzzzzzz

Pas tu buat le corak utk deko cheese tart tu. Kalau nak buat corak buah ceri ni... mula2 buat dua bulatan warna merah or apa2 warna uols suka, kemudaian buat garisan hijau di belah atas, kemudaian guna lidi pencungkil, dari warna hijau tu tarik arah bawah ke kiri dan kanan... ada paham ka adik manis?


Nak buat corak bunga ni senang je, lebih kurang nak buat buah ceri cam kat atas tu cuma kali ni buatkan corak bulat dibelah atas (untuk bunga) dan gariskan warna hijau di sebelah bawah. Dari hujung warna kunig tu tarik lidi perlahan2 hingga melepasi garis warna hijau... ha kan dah jadi bunga kembang setaman ni...


Yang ini corak berbagai ikut lenggok tangan je

Kena simpan dalam bekas kedap udara ye... kalau simpan dalam peti sejuk boleh tahan 3-4 hari kalau biar je kat luar boleh tahan hingga 10 jam ... agak2 rezeki siapalah cheesetart dalam bekas kat atas tu ye? Adindaku Mama Miraki dan anak saudaraku Ayien Azreen sangat2 suka cheesetart ni tapi maaf lah yer anda berada di luar kawasan penghantaran.... hahahahah

Kalau ada yang teringin nak rasa cheese tart ni boleh order di sini.

1 comment:

  1. gee....nak ler....sikit....ko antar gi umah kak kay ehh esok...aku ada urusan kat rumah dia esok ler...hehehe

    ReplyDelete