Monday, September 5, 2011

Corat-coret Raya 2011 : Episod 'Nampak ke anak bulan?'

Isnin 29 Ramadhan (29 August 2011) - Yeye esok hari raya esok hari raya... sebab esok nak raya so awal2 pagi Mummy dah merempit...Ke mana lagi kalau tak ke pasar. Tak tau la sejak bila tapi kalau balik kampung mesti Mummy terlibat dengan acara pergi pasar ni... tak boleh ke korang letak Mummy sebagai penyambut tetamu ke apa...zalim tau korang....


Kul 7.20am dikala para suami menyambung tidor selepas solat subuh...gigih Mummy dah jadi mak supir untuk ke pasar... tak de sesiapa nak ambik ke jawatan ni, ambik la....

Menteri2 pengiring ke pasar...

Sebelum bau daging dan ikan jom posing dulu...


Kami sampai kat pekanPS pukul 7.30am, masa ni kereta tak banyak lagi, so Mummy dapat parking dekat dengan pasar dan lepas tu ubah parking dekat ngan masjid/surau


Bang ayam daging 10 ekor, ayam tua 8 ekor dagng batang pinang 10kg... potong boleh tak? Ayam je yang dia orang sanggup potong daging potong sendiri... kalau sekilo daging nak potong oklah ni 10kg bang.... tapi nampaknya rayuan Mummy mintak brother ni potong daging tu tak berjaya


Banyak pulak sayur kocai ni...


Sibuk je nak menyelit time Mummy nak ambik gambar syok sendiri ni...


Kak Kay gigih memilih petai yang besar...sebesar gelang yang melingkar ditangannya


Agak2 kalau raya buat rendang petai boleh ke???


Sebagai upah kepada Kak Kay yang sanggup memilih seekor2 ikan kembung ni Mummy tepek le gambar di kat sini... Jenuh tu nak memilih lebih dari 40 ekor ikan


Pukul 8 orang dah start ramai


Jangan pandang belakang.... serammmmm


Tak sampai sejam penuh dah belakang naza ni... korang lepas ni tolong cuci kereta Mummy tau...Ya la pergi ramai2 cepat le selesai... orang ni beli daging dan ayam, ada yang beli sayur2 , ada yang beratur beli santan ada yang asyik belek2 je tudung dan baju2 yang bergantungan (tak cukup2 lagi shopping kut)


Balik dari pasar kami singgah ke pusara emak dan abah...

 Semoga kedua2nya aman di sana. Al-fatehah. Terkejut gak bila kami sampai nampak ada taburan bunga kertas atas pusara emakabah, rupa2nya Kak Mah & family dah datanglebih dulu dari kami

4 jelitawan baru balik dari pasar...hahahahha


Wah rajin betul Mummy kan balik dari pasar terus rebus ketupat... isteri siapa la ni...hihi. Actuall masa balik dari pasar ketupat ni dah direbus oleh Mama Janet so Mummy tumpang posing jer... tu yang bagus ada pembahagian kerja kan, yang pegi pasar ada yang tinggal kat rumah pun buat kerja baru la kerja siap dengan cepat ...betul tak cik bedah?


Sekitar xtvt gotong royong untuk persediaan iftar perdana dan menu pagi raya .

Tender potong daging dimenangi oleh Yin Wong Kulai dan Abang Mat

Rajin anak dara Datin S siang ikan... Kak Kay pun rajin gak

Kak Tanty dan yang kanan tu Abg Enal dan anak2 saudara Mummy tolong tengok orang cuci ayam


Budak 2 orang ni ajak pembersihan cam si Som gak... suka la tu dapat main bakar2 sampah


Kelapa ni anak2 yang petik tak tau la camana dia orang buat... guna parang ke gigit ke apa. Bercampur kelapa muda dan tua

Part buat ketupat palas ni kita serah la pada yang arif ye... siapa lagi kalau tak Mama Miraki dan Datin S... Mummy tolong gak tapi tolong ambik gambar je....


Oklah dia orang buat ketupat palas, Mummy tolong angkat ketupat daun kelapa yang dah masak ni...


Ikat lima lima dan gantung kat tali...tujuan nak bagi ketupat tu cepat sejuk dan air dia senang jatuh... zaman kecik2 dulu selalu gantung ketupat ni kat dinding2 yang berpaku...wah nostalgia sungguh


Sesiapa yang mulut lazer dan tak ada insurance tu awas2 sikit...tak nampak cili tu sedulang besar...

10kg daging batang kelapa pinang siap dipotong. Orang jual ayam ni kan teruk tau, dah bagitau kat dia ayam pencen ni potong 12 in the end dia putong 4 je dan yang lagi tak patut tu, isi dalam semua dai tak buang terus dia cincang 4 je ayam tu....

45 ekor ikan kembung dan 2 kg udang

Masak sayur kobis je senang....


Memang padan la stock makanan ni dengan saiz badan kaum kerabat Mummy yang semuanya 'slim melim' kan....hihihi


Apalah rasa anak2 bujang ni buat rendang...

Kacau rendang tok cam nak mengacau dodol je kan... tapi kuali yang digunakan tu dulu memang abah gunakan untuk kacau dodol pun.


Rendang pedas ayam pencen.... berejam nak tunggu ayam ni empok.. sempat kut ayam kat reban bertelor...hihih


Pukul 5.30pm dah siap masak untuk menu berbuka puasa 29 Ramadhan. Sementara nak tunggu waktu berbuka Mummy pusing2 la keliling rumah....


Cempedak ni berbuah lebat tapi kan cam tau2 je kita orang balik ramai2 ni so tak besar2 la pulak buah dia... tunggulah 2-3 minggu lepas raya mesti Mama Janet cerita cempedak ni dah masak pulak... hihihi


Iwan sempat pergi beli pelita dan diesel kat PS... sukalah budak2 malam2 ada pelita


Menjelang pukul 7pm bilangan kereta dah bertambah... masih ada lagi 4-5 biji yang masih di perjalanan


Kaum bapa lepak2 tungu waktu buka puasa

Kak Long dan anaknya Dr Khairul...pstt Dr bagi MC boleh tak? Ala 2 hari je...


Dulu2 kat pondok ni la tempat melepak dan berkumpul dengan jiran tetangga sementara nak tunggu maghrib


Untuk raya tahun ni 2 helai baju tidur Mummy ditaja oleh Kay's Boutique... tq ye Kak Kay... korang yang lain jalan la jeles sebab dapat sorang selai je ye.

Tunggu n3 seterusnya dalam episod 'Makan Besar'

2 comments:

  1. gambar 3 dara pinggitan yg nampak dr belakang tu, agak2 mana satu yg aligment dia belum lari sangat.nampaknya sume hancussssssssssss

    ReplyDelete
  2. Mama janet, kalau tengok betul2 yang baju merah tudung biru belang2 tu nampak ok lagi,berbanding yang 2 lagi tu,yang tu memang dah hancusssss....hehehe...

    ReplyDelete