Sunday, September 11, 2011

Buka jangan tak buka...

Sabtu ... Weekend yang lemau sebab cuaca agak mondom lembab dan basah je.. hujan ribut petir semua ada. Sabtu cam biasa cam lipas kudung buat kerja rumah sambil2 layan budak2 assalammualaikum. Petang pegi open house opismate Mummy. Balik open house pegi K4 kat Alamanda tambah pelaburan, tak tau apasal ramai bebenor orang kat Alamanda. Dia orang ni open house kat Alamanda ke hah?


Raya tahun ni ramai pulak budak2 assalammualaikum datang rumah Mummy, semalm dan hari ni je ada dalam 7-8 group yang datang. Alhamdulillah ada gak orang yang tolong makan biskut2 raya Mummy. Bukan waktu siang je dia orang datang beraya, lepas maghrib pun ada yang datang... ada yang datang dengan baju tidur lagi....heheh. Tak apa lah dah nama pun budak2 time ni la dia orang dapat lesen untuk merayau sambil kutip duit raya.


Anak dara kecik ni tukang angkat gelas


Sebahagian dari tetamu2 cilik kami


Group ni datang waktu malam


Ahad - teringin nak makan ketupat sebab masa raya hari tu cam puas makan, bukan sebab ketupat tak cukup tapi sebab banyak sangat makanan dan badan letih masak so selera makan pun tak berapa ada... so Mummy anyam ketupat rebuslah ketupat mini segera nona tu... untuk aksesori ketupat nasi tu Mummy buat sambal kacang dan ayam masak kari je, nak buat sayur lodeh alamak tak cukup bahan la pulak.. huhu. Kira nasi himpit tak lengkap la ni... Selain dari tu Mummy buat gak mee bandung... manalah tahu kut2 huung2 minggu cam ni ada kawan2 or saudara mara yang sudi datang beraya rumah Mummy


Tak de ke orang nak terjah rumah Mummy ni? Makanan dah siap...


Nasi himpit dan aksesori tak berapa lengkap...heheh. Apasal kari Mummy tak merah cam kat kg ye....rasa memang sedap tapi warna kureng menarik kan!!!

Jemputlah makan mee bandung special Mummy ni ye...benuh dengan 'binatang' ni...mana nak dapat


Akhirnya ada gak tamu sudi datang rumah Mummy... Ni la tetamu dewasa Mummy yang pertama...heheh... sebelum2 ni yang datang budak2 assalammualaikum... untuk my SIL, Kamalia dan suami Xyphan Rashid (kalau nak bekam boleh calling2 dia) dan baby bambam Amir Mirza terima kasih la datang beraya rumah kami. 

4 comments:

  1. muka mirza sebelum uwaaaaaaaaaaaa..hehehe

    ReplyDelete
  2. budak2 berani pulak ye dtg beraya rumah2 besor, sbb apa aku ckp camni kat tmn akau de sebuah rumah yg langsung budak2 tak berani dtg beraya hingga kini.Walhal laki bini keja cikgu je..tapi sombong maksimum.Aku sendiri pun lum pernah masuk rumah dia.

    ReplyDelete
  3. Mama janet, sebab tu le aku tak nak duk rumah beso2 nanti ko pun takut nak datang..hehehe....
    Mummy Gee, kenapa ye sume orang kata masa raya ari tu tak berapa makan atau tak puas makan le menu raya termasuk le aku, sebab tu hari sabtu lepas aku pun masak lagi nasi impit ngan eksesorinya, baru rasa puas makan.

    ReplyDelete
  4. ari tuh ade nasi dagang marbeles... terlupa lak nak makan ketupat... ngeee...

    ReplyDelete