Monday, February 15, 2010

XTVT Hujung Minggu

13/02/2010 (Sabtu) - Kul 5pm baru tolak balik kg Daddy. Dengar kat radio hway jam lagi start dari Sungai Buloh. Kat KL jalan dah agak lengang, sure dah ramai tolak balik kg awal. Kami sampai kg dalam kul 7.30pm. Nasib baik tak jam pun kat hway, tapi lepas dari Slim River tu Mummy tengok memang hway  jam le.Masa Mummy sampai  kampung ada dua family yang dah sampai. Dengarnya cuti ni semua adik beradik Daddy balik.

15/02/2010 (Isnin) - Lepas breakfast kami siap2 untuk balik ke KL. Daddy nak bawak anak2 ke Zoo Negara. Mummy ni kureng sikit bab2 zoo ni, selain dari memikirkan keadaan panas terik kat zoo tu dan ditambah bau yang tak sedap. Mummy suggest gi Aquaria atau Pusat Sains je tapi Daddy kata lain kali... oklah ikut je la dah bebudak nak sangat jumpa 'kawan2' kat zoo.

Sampai kat area Zoo dalam pukul 11.30am. Jam punyalah teruk, rupanya masing2 beratur nak parking. Kat bahu jalan pun orang parking. Mummy tak bagi Daddy parking kat bahu jalan, selain dari takut kereta kena tow dan kena saman cam tak ikut peraturan la pulak kan...hihihi. Dalam sangkut kat jam tu call Mama Miraki. Ooo dia on d way nak gi Genting rupanya....ooo projek senyap2 jer yer tak ajak orang.

 
Tengoklah bersusun kereta nak masuk ke zoo.

 
Masuk je ke kawasan zoo si Dafiy punyelah teruja bila dengar lagu yang dipasang kuat dari speaker. Terus je tunjuk skill menari tu...

 
Mana kita nak pegi dulu ni ha? Danish & Dania beria jer tengok map, reti ke tu!!!

 
 
 
 
 

 
Ais krim kun biasa ni kalau kat luar dalam RM1.00 or paling maha pun RM1.50 tapi kat dalam zoo ni RM 5.90. Mahal nak mamp*s betul...dah le dia tak letak tanda harga. So terbang almost RM30 just for 4 aiskirm dan air kotak satu....emmm Mummy nak mintak lesen utk jual aiskrim dalam zoo la pulak, sure tiap tahun boleh gi haji.

 
 
 
 

Selepas 3 jam ziarah 'kawan2' kami pun balik. Masuk kereta je masing2 mengadu lapar... masa kat dalam tadi ok je....emmm oklah kit gi lunch dulu... sebelum sampai tempat nak makan semua dah zzzz dulu (termasuklah Mummy ...hihihi...penat beb menapak...nak naik tram tak puas nak tengok pulak)

Pelajaran untuk hari ni adalah mari mengenal haiwan. Ok murid2 tengok gambar2 kat bawah ni dan bagitau Cikgee apa nama haiwan ini...

 
 
 
 
 
 
 
 
 

OK kids, kita dah sampai kat Wong Solo Bangi...bangun2...tadi kata dah lapar sangat!

 
Wong Solo cabang (branch) BBBangi

Masa kami sampai orang tak ramai kat Wong Solo, iya la dah pukul 3.30pm, semua orang dah lunch rasanya. Kami pilih tempat duduk bersila jer, bawak anak2 ni senang duduk kat meja jepun je. So terus order itu ini dan tunggguuuuuu makanan & minuman sampai...

  
Kiri - Daddy sempat melandingkan diri sebelum makanan sampai... hihihi...sabar je la!
Kanan - Dania & Bibik

Ok, air dah sampai...ha jangan berebut2 semua orang dapat air masing2 ye...baik2 jangan tumpah...(sempat lagi Mummy pot pet pot pet kat anak2)

 
Kiri - Air kelapa untuk Mummy & Daddy
Kanan - Watermellon juice utk Dania, Bibik & Danish

 
Kiri - Tea-o-ais limau untuk Daniel
Kanan - Cuci2 mulut dengan honey dew, watermellon & papaya

Ok semua, main dishes dah sampai...duduk2 nanti Mummy serve....


 
Kiri - Empal Sapi (daging lembu goreng) 
Kanan - Pecel lele (ikan keli tu..)

 
Kiri - Cah Brokoli
Kanan - Gado2

 
Kiri - Tauhu & tempe penyet (bukan monyet yer....hihihi)
Kanan - Ayam goreng rangup (tersangat sedapnye...yang pasti dia orang ni kretif peha ayam tu dia orang potong macam kelopak bunga, so bila digoreng jadi cam bunga tengah berkembang lagi...

 
Kiri - Nasi dalam bekas rotan.
Kanan - Ha jemputlah makan yer....bismillah....

 
Kiri - Ayam goreng yang tak habis tapau bawak balik... cantikkan bekas dia. Wong Solo ni dia ada buat delivery gak.
Kanan - So berapa kos makan hari ni? Sesekali boleh ler, kalu tiap2 hari tokey balak pun jual balak gak....hahaha

8 comments:

  1. Bestnyerrrrrr dapat pergi zoo. TP mengenangkan betapa asyik sesat kat Key El..tu, saya jadi trauma, kini saya masuk ke kampung-kampung je akhir-akhir ini.

    ReplyDelete
  2. harga eskem termasuk pembiayaan binatang2 dlm zoo, kalo binatang tak cukup makanan, tak bolehlah nak tengok zoo lain kali,

    pasal harga makanan mahal di restoran wong solo, tidak dapatlah tB nak menolong, :-D

    salamm,

    ReplyDelete
  3. Ala kalau makan nasi ayam dgn sirap, tujuh orang RM 50.00 ye cukup... nasib baik nama restoran wong solo... bukan Wong Khoo Lai.

    ReplyDelete
  4. ehhhhh sepengetahuan mama kan..kalu yang selalu suka dgn xtvt ZOO ni kan Akak Som kita tu kan.....hehehhehe apa kahabr kawan2 dalam zoo tu.....

    ReplyDelete
  5. mama suka makan kat Wong Solo ni gak...dekat Ampang ada brancah dia...tapi kan cik abang kureng minat ler pulak....hari tu ada gi makankat sini....tapi tulah kurang "berahi" gitu kan.....jom gee...kita gi makan....

    ReplyDelete
  6. MSOM - Ni kali ke-3 Mummy gi Zoo Negara sejak duduk KL, kalau kakak Mummy si Som & family tu dia org mmg AJK pencinta zoo so semua zoo kat msia ni mmg dia org dah redah, zoo kat JB tu rasanya tiap bulan kut...hehehe

    tunbegia - Entrance fee yg kita bayar tu lah patut guna untuk bagi makan binatang2 tu...nak naik tram pun nak kena beli tiket lain lagi, pas tu binatang2 yang fofular kat zoo tu ada penaja masing2 dha...

    YIN - ngko ni tak habis2 ngan nasi ayam...

    MMiraki - Setttttt

    ReplyDelete
  7. hehe...betul tu...baru nie akak balik pahang pun gi gak kawasan haiwan2 nie...Pusat Pemeliharaan Gajah kat Kuala Gandah, temerloh....mmg tak pernah dengor...tetiba mlm tadi anak2 makan mee segera cup..ada plak pelekat dia tunjuk gambor gajah akt situ....
    akak mmg kureng minat sikit bab2 haiwan nie..tapi layannnnnnnnn jea...sebut jea zoo/org utan mana yang akak belum pergi...termasuk kat Sepilok Sarawak tu pun akak dah jejak...

    ReplyDelete
  8. "akak anonymous" ni patut dianugerahkan pencinta binatang terunggul ni....

    ReplyDelete