Tuesday, February 23, 2010

Kacang tumbuk

Sapa pernah makan kacang tumbuk? Alah bukan kacang yang kita tumbuk/blend nak buat sambal pecal tu. Ni 'jajan' kacang tumbuk yang jual kat kedai2 masa kita kecik2 dulu. La ni pun ada jual lagi termasuk kat pasaraya2 besar. Dulu2 rasanya sebiji tu 10 sen kan. Kacang tumbuk dolu2 tu kan dia bungkus guna kertas minyak, pas tu kacang tumbuk dia bahagian belah luar cam keras sikit kan dan bile kita pecahkan bahagian luar dia bahagian yang kat dalam tu akan berderai, so kalua makan kena terus masuk mulut kunyak dan jangan cakap2, klu tak nanti bersembur. Memang sedap kacang tumbuk ni cuma terlalu manis la....Mummy memang suka kacang tumbuk ni.

 
Ni la rupa kacang tumbuk zaman dolu2....

Sekarang ni pun kacang tumbuk still fofular cuma mungkin dah diimprove dari segi resepi dan packaging. Banyak2 kacang tumbuk dipasaran sekarang  ni, Mummy suka satu jenis kacang tumbuk ni, yang diimport dari luar. 'Barley Peanut Candy' ... ni bukan promosi atau apa sekadar sharing benda yang tersangat sedap dan halal ni. Campuran kacang tanah, barley dan gula. Dah dapat pengesahan halal. Mummy2 mula makan barley peanut candy ni officemate Mummy yang bagi. Anak saudara dia kahwin so cam doorgiftlah.Dia masuk dalam kotak dan letak 5 biji peanut candy ni. Mula2 mummy ingat 'gula2 bantal' so malas nak maka. Ntah camana sehari tu perut sedang kelaparan malas nak turun makan Mummy ngap la penaut candy ni....mak aiii sedap rupanya...klu tahu dari dulu lagi dah ngap.

So masa cuti CNY yang lepas officemate Mummy ni sms nak beli peanut candy ke tak sbb kakak dia nak p order. So Mummy pun beli gak la satu pack 2kg ada dalam 200 biji. bawak balik rumah anak2 pun suka betul. Beza kacang tumbuk versi ni dia tak terlalu manis dan bahagian dalam dia tak akan berderai kalau kita gigit, so tak perlu nak masuk terus sebiji dalam mulut, boleh makan secara sopan dan ayu....hhhe...

 
Ini lah rupa paras 'Barley Peanut Candy'. Ayu tak? Mummy ada jumpa orang jual candy kat booth Alamanda Putrajaya, 20 pcs = RM10. Kira sebiji 50sen la... sekarang ni banyak dijual secara online dan agak murah la juga.

So raya tahun ni balik kg Mummy bawak je la kacang tumbuk ni 2-3kg. Tak sempat nak buat kuih raya sbb tahun ni bibik nak cotiiiiiiiiii raya kat Indon (puasa pun belum Mummy dah plan kuih raya lagi... hah ngkorang hutang posa dah bayar ke belum???)

p/s Kakak2/Abg/Adik ku, ngkorang nanti kalau nak beli kacang ni masa raya bagi tau Mummy, kita order online boleh dapat murah sikit....Nak test dulu? Oklah balik kg minggu ni Mummy bawak sample (klu stock yg kat rumah tu belum dihabiskan anak2 la...heheh)

8 comments:

  1. alamak! dah terliur dah ni..kacang tumbuk mmg kegemaran MM. baru beli dlm bulan lepas setelah berpuluh thn x mkn. alamak mcm mana ni dh ngences..terpaksa la mkn biskut kacang yg jiran MM bg tu buat "bidan terjun"...takde rotan, akar pun berguna.

    yg barley peanut candy ni mcm x pernah jumpa je kt jb...bestnyaa... klu Mummy tau kt mana ada jual ckp tau!

    ReplyDelete
  2. balas dendam la pasni...nk bg Mummy terliur plak...Mummy suka mkn apa ya? jap lg nk upload la ...hahaha

    ReplyDelete
  3. 20 biji untuk mama tau....nak order 1 kg...boleh dapat tak balik kg nanti....

    ReplyDelete
  4. la kan ada jual benda ni kat pasaraya ,jual timbang. kalu tak pun ko beli cosway punya

    ReplyDelete
  5. Sam73 - Cepat amik tisu, menjejeh2 dah air liur tu...nnt IRP blk kerja nampak lak bekas air liur kat dagu u tu, hilang selera dia...hahaha... tapi kan cam seronok dapat bagi orang ngences kan...hihihi (ketawa ala2 Mayaaa Kerinnng ...)

    MMiraki - Order sendirilah...hheh...nanti klu gee yang order gee charge mahal2...termasuk extra delivery services...

    Anonymous - mmg ada jual kat pasaraya tu jenis yang versi dolu2, tp versi yg ni memang sodapp yang amat...lemak berkrim dan disukai ramai...hahaha...iklan lagi...

    ReplyDelete
  6. untuk dapatkan kacang tumbuk sila layari http://tajertrader.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. area Johor, Melaka, N9 & Kl boleh order peanut candy sekarang, yakin halal!!! http://barleypeanutcandy.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum...
    Sekadar untuk berkongsi maklumat, baru2 ni saya terdengar dari pemangil radio Ikim menceritakan pengalaman iaitu beliau amat meminati kacang tumbuk buatan non muslim sehingga satu hari di beritahu bahawa kacang tumbuk mengandungi minyak khinzir yg berfungsi untuk mengeraskan lapisan kacang tumbuk tersebut...
    Jadi.. berhati2
    terima kasih

    ReplyDelete