Thursday, February 18, 2010

Chocolate chip Muffin

17/2/2010 (Rabu) - Hari ni pukul 6pm dah sampai rumah, anak2 masih cuti sekolah so tak perlu ambik dia orang balik sekolah hari ni. Lepas mandi sementara nak tunggu maghrib santai tengok tv tp tak der program best la pulak. Bosan le. Anak2 gi playground except Dania yang sibuk main computer games. Apa nak buat ek? Geledah cabinet tengok apa ada....ok got it...ada choc chip muffin mix yang dah nak expired March ni, so sebelum dia expired baik kita buat apa2 yang patut... so singsing lengan (eh pakai baju pendek mana ada lengan nak singsin kan...hehehe) .... buatle project chocolate chip muffin, boleh buat sarapan pagi esok dan anak2 bawak bekal g sekolah. Jom tengok pics kat bawah ni...kalau ada rasa teringin emmm buatlah sendiri yer...or beli jer kat kedai kek...hehehhe

 
 
Proses pukul2 dan gaul2...Dania pun boleh buat sendiri ...

 
Tak caya tengok ni dia tengah pukul2 butter + gula + telor...

 
Kiri - Susun2 paper cup kat dulang pembakar
Kanan - Tuang adunan yang dah sebati tu...tuang jangan sampai 3/4 cup sebab muffin ni nanti akan mengembang...

 
Kiri - Cuba teka tangan siapakah ini? Tengok Dafiy pun nak tolong sama ni.
Kanan - Yang ni tangan Dania tengar tabur choc chip...memang kaya dgn choc la muffin ni...memang untuk choc lover cam Mummy le...

 
Bakar dalam oven dalam 10-15 minit...tengok tu dah naik mengembang tinggi...Mana proses pembakaran ni sau rumah dipenuhi aroma wangi choc , dah macam kat kedai kek la pulak...

 
Dah masakpun....bagi biar sejuk dulu...tapi kan makan muffin ni masa panas2 lagi sedap tau...
  
 
Silalah makan yer...muffin ni memang gebussss dan tengok tu choc chip dia meleleh....emmmm yummmyyyyyyy........Rupa bentuk ada ala2 camkat cake shop tak???

Makan sendiri nanti tak habis so apa kata bagi jiran kiri kanan rasa. Nak bagi kena guna paper plate/polisterin/plastik. Bukan apa nanti susah hati jiran nak pulangkan pinggan pulak. Rasalah jiran2ku... pada Mummy sedaplah so harap2 dia orang pun suka gak yer...

4 comments:

  1. sedapnya muffin ko gee, ko guna tepung segera ke apa

    ReplyDelete
  2. Anonymous/Ciare - muffin ni Mummy guna tepung muffin segera jer, tinggal pecahkan telor dan tambah minyak jagung (klu tak de minyak jagung guna minyak masak apa2 pun boleh, jgn guna minyak angin, minyak urut, minyak kelapa dara, minyak kereta dan yg sewaktu dengannya sudah....hehhehe....)

    ReplyDelete