Saturday, February 20, 2010

Cuti tak cuti ...

                            


20/2/2010 (Sabtu) - Haahhaah.... salah belaka la tekaan korang pasal xtvt Mummy hari ni... oklah ni dia xtvt Mummy waktu hari cuti tapi macam tak cuti no.

Kul 8am dah kluar rumah hantar Danny & Danish g sekolah. Hari ni ada Sukan/Sukaneka Tahunan untuk murid tahun 1-3. Ahad pulak untuk murid tahun 4-6. Pagi2 Danish dah menanggis dan mengamuk gara2 bibik basuh baju dan seluar sukan dia...hehhe. Baju ngan seluar sukan sekolah tu dia ada sepasang jer so sebab Jumaat tu dia dah pakai bibik basuh le...dah bau masam ya amat...heheh. So jenuh le Mummy pujuk suruh pakai t'shirt lain. Dia kata takut cikgu marah sebab tak pakai baju ikut rumah sukan. Nasib baik ada t'shirt dia warna putih dan biru so nampak gak le sam baju sukan sekolah.

 
Nilah hadiah yang dia orang dapat. Danny dapat johan 'giant slipper'. Danish pulak naib johan acara yang sama gak. Kenapa ek tak der sukan lari2 untuk dia murid2 darjah 1-3 ni. Rasanya masa Mummy sekolah dulu kalau sukan tu memang lari2 la tak de la pulak acara sukaneka jer...

Lepas hantar dia orang gi sekoalh Mummy terus gi pasar besar Kajang. Mak aiii mahalnya ikan2 hari ni. Agaknya leas CNY ni stock ikan tak banyak itu yang mahal ya amat. Tenggiri isi RM28 sekilo, parang RM18, ketam RM20, kembung RM12, ikan kucing (selar kecik) RM8.50, kepala baru RM10...bawal putih conet2 jer saiz pun RM25 gak. Ikan sardin tak berapa nak fresh pun RM10. So cam biasalah kalu gi pasar kedebak gedebuk beli lauk pauk dan barang2 kering bawang, bilis dll terbang gak 2 ketul ke 2 ketul setengah.

  
Hari ni ada pulak orang jual pisang tanduk. Sekilo RM 6 (cam mahal jer kan...kat PS rasanya RM3 jer kan.... Mummy beli yang belum masak laig, plan nak goreng petang ahad nanti. Dah lama Mummy cari sukun tapi tak dapat. Cam mengidam nak makan sukun goreng cicah sambal kicap jer la...tak musim sukun ke sekarang ni...buah tak yer pokok sukun kat kampung?

Pukul 9am dah balik dari pasar. Bibik dah rebus ketupat segera sebab plan nak buat kuah kacang, jiran sebelah bagi meehoon goreng pulak. Tengahari nantilah buat sambal kacang. Ada lebih nasi semalam Mummy buat nasi goreng cina jer untuk Daddy. Lepas breakfast siap2 nak g Puchong pulak. Ya la minggu lepas kan projek mengecat tak menjadi so nak kena pegi lagilah hari ni...berulang kali Mummy check kunci rumah yang nak di bawak, takut salah kunci lagi hehhhe...

 
Dania sukalah sebab dia dapat ikut sorang2.

 
Gambar dari balkoni apartment Mummy.

OK sebelum projek mengecat n i kita tengok keadaan rumah dulu. Mak aii banyak la pulak barang2 peninggalan penyewa sebelum ni, macam orang pindah rumah malam2 jer gayanya...haha. Penyewa sebelum ni memang ada kata dia bawak kain baju jer dan tinggalkan dapor dan gas. Tapi banyaklah pulak barang2 lain yang dia tinggalkan (termasuk sampah sarap dalam 5-6 bungkus plastik hitam yang tak dibuang. Bayangkanlah sampah saki baki makanan dan lain2 terperah 2-3 minggu.
fhhf
                 
Kat tiap bilik ada lagi barang2 yang ditinggal, termasuk tilam yang penuh dengan kesan DNA...hehehe...boleh jadi bahan bukti mahkamah tu...

 
Lagi barang2 yang ditinggal. Rezeki kakak cleaner la, Mummy bagi dia sebahagian barang2 yang ditinggalkan kasut & slipper 6 pasang, pinggan2 mangkuk, garam kicap, ikan bilis... lepas tu Mummy mintak tolong dia angkatkan sampah2...bagilah sikit upah penat dia naik turun dari tingkat 5

Masa Mummy tengah sibuk mengecat tepon bunyi la pulak...sapa la yang nak mengacau ni....
Mummy : ... hello
Miss A : Selamat Pagi puan, saya Miss A** dari syarikat ABC 123, nama puan telah terpilih untuk menerima pakej penginapan 5 hari 4 malam di bla bla bla bla ..
Mummy : Siapa nama saya?
Miss A : ... sambil buat2 tak dengar terus membebel pasal pekerj yang dia nak bagi
Mummy : Sorry I'm not interested....terus Mummy letak tepon malas nak layan....

p/s Ngkorang mesti pernah kena cam ni kan!!! Ada lagi lah orang guna kaedah ni, ni sure nak jual membership ke nak pekena orang...

So hari ni dapat siapkan mengecat kawasan living hall, dapor dan toilet jer. Kira oklah tu 3 hours punye kerja. Mummy plan nak mengecat sampai petang tapi kawan Daddy asyik call jer ajak menebas, mengacau betul lah. So kul dua lebih dah balik Bangi.


 
Sebelum ni ruang tamu ni cat dia warna hijau kekuningan so kita orang tukar jadi warna putih cream mutiara tu...senang sikit penyewa nanti nak match ngan langsir ke sofa dia, klu dia tak suka g la cat sendiri (dengan perbelanjaan sendiri yer....)

On d way balik Mummy singgak ke kedai bakeri 'Bake With Yen' ... kedai ni memang fofular la...i first time Mummy nak gi, ada lah benda Mummy nak pegi. Tapi yang tak bestnye pegi sebab rushing, so tak puas nak meninjau, membelek, membanding dan yang sewaktu dengannya. Kedai dia memang besar dan tersangatlah banyaknye barang2 untuk kuih2 ni...emmm tak apa...harus ku pergi nanti secara solo...

Dah plan samai rumah nanti Mummy nak masak lemak cili api ketam. Tadi masa nak g Puchong cakap kat bibik kita tak lunch kat rumah so sure bibik masak sempoi je untuk budak2.

Sampai rumah terus kelentang kelentung kat dapor. Bibik cuma goreng ikan ngan masak sup jer. Oh sambal kacang pun dia dah buat gak, Mummy modify sikit jer...emmm oklah tu....Jom belajar masak lemak cili api ketam...

 
Kiri - Dah nama pun lemak cili api sure kena bubuk cili api banyak2 baru kaw-kaw.
Kanan - Bahan utama mestilah ketamkan! Ketam ni boleh tahan gemok dia dah bertelor lagi tu.

 
Kiri - Blend segala cili, bawang2 dan kunyit. Serai tu ketuk2 jer. Campak semua dalam periuk. Tak payah tumis2. Nak masuk sekali masa awal2 tadi pun boleh gak.
Kanan - Bila da didih masukkan le ketam tu...Masuk lah garam dan serbuk perasa sikit. Jangan bubuh banyak2 nanti botak!

 
Lepas tu masukkan santan yang agak pekat. Kalau kuah dia cair tak berapa kaw (pada Mummy lah). Nak tau ketam dah masak ke belum senang jer, kalau dia dah bertukar warna tu kira dah masak ler... ok siap...

Jomlah makan...jangan segan2 nanti lapar...lunch tadi Mummy ratah ketam je...sedap!!!

 
Wa, tak raya pun ada nasi himpit la....

Menu wajib hari2 kat rumah Mummy. Sup rebus @ bening bodoh. Didihkan air, masuk kiub ayam atau ikan bilis seketul dan masuk apa2 sayur. Mummy suka tauhu lembut tu + tauhu kering (fucuk)...makan panas2 (campur sambal kicap skit) sedap....

Lepas lunch dan solat layan la FB, harvest apa2 yang patut kat FarmVille dan surf blog2 kawan2... lepas tu zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz sampai kul 6pm. Bestnye tidor....cam penat la juga yer mengecat rumah...sakit pinggang tau.

Lepas mandi tengok la mummy punya real farmville kat belakang rumah. Sekarang ni kan musim panas , kesian pokok2 tu.

 
Pokok cili besar. Dah bunga dan berbuah...

  
Kiri - Pokok limau kasturi yang hampir nak mati dulu namaknya hidup balik lepas Mummy trim dan buang pokok2 yang dekat dengan dia. Mungkin sebelum ni terlindung kut dari matahari.
Kanan - Pokok kari ni cam kering jer dahan2 dia tapi daun2 dia besar2 sihat...terpaksa Mummy letak dahan tongkat sebab cam nak tumbang jer. Wahai pokok kari janganlah ngko mati yer, susah le nanti Mummy nak masak kari.

 
Kiri - Pokok pandan ni la pokok yang paling subur sampai terpaksa trim dan buang bila dah agak merimbun.
Kanan - Pokok kacang botol yang dah berbunga. Siksa betul nak buat tempat dia memanjat.


 
Kiri - Rasanya balik PS nanti Mummy nak kena ambi lagi batang ubi utk ditanam la. Pokok2 ubi ni dah Mummy tanam lebih dari dua bulan, daun dia dah tumbuh tapi macam tak cantik jer. Dah 2-3 kali Mummy cantas dgn harapan daun baru nanti tumbuh cantik tapi hampeh...tak pe Mummy bagi tempoh lagi sebulan, kalau tak tumbuh elok gak Mummy cabut jer tanam yang lain.
Kanan - Pokok timun ni nampak subur, lagi seminggu dua kena cari tempat nak memanjat. Yang ni Mummy nak bagi panjat kat pergola kat depan jer.


Ha, mana ada n3 pasal buat choc, urut2 atau spa...totally tak ada...pssstt tapi mungkin itu untuk n3 esok kut...hahahha... oklah nak tidor...

2 comments:

  1. ko terbalik kot pacak batang ubi tu...tu pasal tka tumbuh2 daun dia

    ReplyDelete
  2. aduh penat le aku baca blog ko kali ni, panjang sangat.ooo tekaan aku salah la ya tak de bab wat coklat n g spa. banyak tanaman ko pas ni bnyk benda le ko tak yah beli, aku cam nampak aja pokok pelembut daging dr rmh aku tu.

    ReplyDelete