Sunday, February 28, 2010

Pakej Percutian 3D2N - Day 1

26/02/2010 (Jumaat) - Yeyey...akhirnya hari yan ditunggu2 sampai juga. Kul 5.30am Mummy dah bangun terus kemas baju untuk balik kampung. Lepas breakfast dan potong birthday Danish, Daddy siap2 nak g airport, Daddy ambik cab jer. Pas tu Mummy masak sikit2 untuk bawak bekal balik kampung. Sambil tu calling2 dan sms suku sakat tanya bila nak bertilak, check point kat mana , bawak apa ...dan blalaall.

Lepas campak susun barang2 dalam kereta Mummy mandi semula, panas beb berpeluh2 walau dah mandi sebelum tu. Kul 11 am Mummy bertolak. Sms Mama Miraki, dia kata dia pun dah keluar gak (tak tak lah keluar dari rumah atau baru keluar dari bilik air...hihih)

 
Penuh barang kat belakang, comfortor, bantal dan macam2 lagi lah, silap2 orang ingat nak pindah rumah.

 
Belum pun sampai Seremban anak2 dah zzzzzzzzzz... Si Danny jadi co-pilot tapi dia lah yang zzzzzz dulu...siap suruh Mummy pasang aircond kuat2 sebab dia nak tido berselimut...sabar jer la...

 
Si Danihs dan Dafiy pun zzzzz sama .... (bibik pun zzzz jugak kut...hihihi)

Mummy singgah kat R&R Ayer Keroh sebab lapar... Mummy malas nak breakfast kat rumah tadi, setakat minum jer dan jamah birthday cake Danish. Masa ni sms Mama Miraki dia kata dah sampai Ayer Keroh. Mummy ingat dia singgah R&R tapi rupanya dia exit tol Ayer Keroh dan sambung jalan baru...jimat kan tol...heheh...

 
Kami makan meehoon sup jer...

 
Wah! Dafiy pun makan meehon sup gak ker....Oooo perut dah kenyang main pulak dah... bila nak sampai rumah ni?

Dari Ayer Keroh, Mummy singgah kat Restoran Murtabak Singapore. Tapi 'kiciwa' kedai tutup, lupalah hari ni Jumaat, petang baru dia bukak. So Mummy beli nasi ambeng kat restoran dekat2 situ jer...

Mummy sampai kampung pukul 3:15pm. Kali ni Mummy jadi orang pertama sampai kampung dan kenalah bukak kunci dan kemas2 rumah dulu sementara yang lain sampai. Masuk rumah jer Mummy terus cari penyapu dan mop sementara bibik turun2kan barang. Masa ni anak2 bergaduh2 sebab nak menolong (akhirnya mengacau...). Masa Mummy depan dia orang elok jer dia orang mop lantai, bila Mummy ke dapor kejap sebaldi air dituangnye ke lantai dan pas tu dia orang main ski dan slide la kat ruang tamu tu...wah! masa tu memang my blood goes upstair la...dah le cuaca panas nak m****s dia orang buat main pulak...aduh geram betul.

 
Wow masa ni elok jer buat kerja sebab supervisor ada...lepas tu.....lu fikirlah sendiri...(sorry Nabil Mummy pinjam your tagline)

45  minit menyapu dan mengemop lantai = sauna 45 minit ...loose 4.5 GRAM berat badan kut...hahahah. Ngam2 Mummy siap mop lantai je Mama Miraki sampai rumah (Mummh dah tau dak taktik pengelat dia tu.... hahahah).

Lepas tu Som dan 2 orang anaknya sampai dari JB naik Express Maharani (selepas bertahun balik kampung tak naik bas...) Hubby Som balik Sabtu sebab anak dia Ijat ada Sekolah Khas. Tak apa Som, semangat balik kampung kau memang kuat itu pasal naik pas pun boleh! Tak ada alasan untuk tak balik kampung kan Som...

 
Pondok yang terbiar selama 2-3 bulan ni akhirnya ceria semula. Lantai pondok ni si Danny dah sapu dan mop sebelum gang bas sekolah sampai...

  
Bila dah cukup korum anak2 ni adalah xtvt xtreem dia orang ni... hah panjat pokok kelapa atuk tu, petik kelapa muda banyak...

 
Pokok kelapa atuk yang memeng senget ni senang untuk dia orang panjat dan petik kelapa dia (jaga2 semut banyak tau)

 
Bila dah ramai2 balik ni apa lagi bermulalah acara ulang-alik ke PS or Simpang Tiga untuk beli air RO dan air batu. Siap bawak tong air tu dah bubuh ais...

 
Pantang ada yang nak ke PS, anak2 semua mesti nak ikut, so selagi muat, Mummy sumbat jer semua dalam kereta...

 
Hah cukup lah stok air dan barang2 untuk petang dan malam ni, esok lain cerita...

Kul 6pm family Kak Mah pulak sampai. So kira oklah malam ni ada 4 family kat kampung. Malam menu ala2 kadar jer, ada rendang ayam Kak Mah  bawak, hati & ayam sambal Mummy bawak. Nak tambah lauk masak ikan terkurung (sardin ler...) dan buat telor omelette (plan nak buat telor dadar jer tapi kehabisan minyak masak la pulak, so tibai jer la labu...).

3 comments:

  1. pembetulan...Ekspress Mayang Sari la..bukan Ekspress Maharani...

    ReplyDelete
  2. Kakak Anonymous - Ooooo Mayang Sari ngan Maharani tak sama ke? Bukan adik beradik ke? Hihihi

    ReplyDelete
  3. Adik beradik tapi lain emak, maharani tu anak emak tua,mayang sari lak anak emak muda

    ReplyDelete