Thursday, February 25, 2010

Semua ada Kapten!!!


Selimut
Bantal
Lampu Suluh
Lilin & Mancis
Toiletries
Insect Spray
Stock makanan biskut, mee segera, roti, nugget, junk food dll....

"semua ada kapten...." .... baca ikut style iklan kicap jaleeeeeeeeeeeeeeeen cam kat radio tu...

Eh, mana Mummy nak pegi ni? Oh! ni mesti nak bawak anak2 gi camping sebab esok cuti tiga hari. Camping kat mana agaknye ek! Bestnya....ada sesiapa nak joint? The more the merrier...!!!

Hahaha.... bukan nak gi camping la tapi nak pi balik kampung jer. Biasalah kan nak balik rumah tinggal semua benda2 tu mesti kena prepare dan bawak dari rumah. Sekarang ni kalau balik kampung masing2 macam nak pindah rumah bawak barang. Yang tak bawak peti sejuk je kut....hahah.

Terkonanglah zaman dolu2... kalau balik kampung masing2 cam mem dan tuan besar. Balik masing2 tinggal ngap jer. Lauk pauk dah siap terhidang atas meja...semua emak dan abah dah siapkan. Apa yang kita suka emak abah dah siapkan. Abah dah cabut ubi, keladi dan sebagainya untuk kita bawak balik. Emak dan siap buat rempeyek atau apa2 kerepek walaupun masa tu bukan hari raya pun. Stock lauk pauk penuh satu peti sejuk, stock bahan2 kering mengalahkan orang nak buat kenduri...tapi tu dulu kan...tinggal kenangan jer...so untuk readers/blogers yang masih ada ibu bapa tu kerap2 la balik kampung jenguk mereka...kalau masa ibu bapa ada lagi pun you all dah jarang balik kampung apatah lagi kalau dia orang dah tak ada nanti...entah2 dah tak ingat jalan balik kampung lagi.

Alhamdulillah so far adik beradik Mummy, walaupun emak abah dah tak ada masih tetap balik kampung, duduk rumah pusaka abah sehari dua dan ziarah 'rumah baru emak & abah'. Ada orang kampung Mummy, emak bapa dah tak ada, rumah pusaka terbiar menyembah bumi... sayangkan ... itulah duit titik peluh emak & abah mengumpul duit buat rumah tempat berteduh anak beranak...tapi anak2 tak sudi nak sambung jaga...Al-fatehah untuk emah dan abah, supaya kedua2nya tenang di sana. Amin.

Klik untuk melayan perasaan.....

Sekadar hiasan...zaman remaja di U penuh ngan xtvt camping & hiking...bukit mana tak ku daki lembah mana tak ku turuni...chewah....cakap besar tak mau la tapi Gunung Tahan udah kudaki sampai ke puncaknya... masa turun menanggis2 diwaktu hujan sebab dah exhausted sangat (psst...kawan2 lain tak tau, dia org ingat air mata tu titisan air hujan...hihihi...) langsung tak kuat semangat...

9 comments:

  1. Best dapat balik kampung tapi kejab sangat... kalau mak cakap "macam kinjeng cewok". Nak wat camne.. kan.

    ReplyDelete
  2. Nasib baik aku dapat ambik pakej 3 hari 2 malam free anad easy...tapi yang tak best sebab kena jadi pilot sendiri....

    ReplyDelete
  3. aku pun dapat pakej 3 hari 2 malam...dan free breakfast kat kedai Abas...hehehehe( 2 biji pau dan secawan kopi Radix..)....

    Pilot aku pun tak confirm lagi ni gee....kul 4 nanti baru boleh confirm..samaada.....aku kena jadi pilot atau mem besar....hehehehehe....

    ReplyDelete
  4. Entri ini sungguh menginsafkan.

    ReplyDelete
  5. pada yang masih ada ibu dan bapa...selalulah balik2 jengok orang tua....nanti kalau dah tak ada..setakat balik ke rumah pusaka aje...

    ReplyDelete
  6. MS~ klu dah insaf tu..apa lg??? berpicnic le kt parit depan rumah mak tu.. eh Ya Allah..baru aku teringat mlm td termimpikan Lek Miraton meninggal..sampai nangis2.. hidup lg kan jiran kita tu?

    p/s : alamak ! I ni dah buat blog Mummy mcm blog sendiri plak. hehe...sorry tuan tanah.

    ReplyDelete
  7. Alahai tercuitnya rasa hati,lambaian blk kpg dah memanggil2 camna ni aku ni sensitif sikit. pilot aku sakit giginya kejap on kejap off, bagi chance sampai esok pagi klu ada ezeki aku muncullah 7.30 dh smpai depan pintu

    ReplyDelete
  8. jalok ngapuro ya ,aku tak dpt turut serta walau pun dlm hati mengeletek nak balik, apakan daya, ambik aja le package 3 hari 2 mlm kat desa baiduri cheras

    ReplyDelete
  9. Jom balik kg ramai-ramai...kita meriah kan Pasar PS esok......hehhehehehe...beli apa erk....apa lagi Kopi PS ler....

    ReplyDelete