Wednesday, February 3, 2010

Wedding Ariff & Myza - Hari Sambut Menantu

31/01/2010 (Ahad) - Akhirnya sampai juga hari yang ditunggu. Majlis Kak Long sambut menantu baru. Nun jauh menantu dari Penang.

Seawal pukul 7 pagi kami semua telah dikejutkan dengan berita sedih, jiran baik Kak Long, suami 'Ibu' telah meninggal dunia. Walaupun kami tiada kaitan persaudaraan (selain saudara sesama Islam) tapi sebab kami dah kenal dia so turut rasa sedih. Suami 'Ibu' meninggal di Hospital Kota Tinggi akibat cancer hati. Semoga keluarga 'Ibu' tabah menghadapi dugaan ini. Walau bagaimana pun majlis sambut menantu tetap diteruskan. Cuma tak ada la lagi paluan kompang, Kak Long dah call org kompang dan cancel. Ya la orang tengah bersedih tak kan kita nak tunjuk tengah bersuka ria pulak. Kira kurang sikit juga mood kami semua.

Sebab semua Kak Long dah serah pada caterer so kami adik beradik ni memang lebih xtvt lepak dan sembang2 ler sambil makan (atau melantak istilah yang betul...hehehhe). So pagi tu memang santai2 jer la sementara tunggu caterer datang. So masa yang ada tak kan ank buang cam tu jer kan , so snap2 ler apa lagi...

 
Sorry yer Abg Ayip kami dah naik pelamin dulu...

  
Senyum semua...

 
Cam biasa la, balik2 muka ni yang memenuhi blog Mummy ni...

  
Hiiii... Kak Noor pun teringin gak duduk kat pelamin ni...heheh

 
Oh ya t'shirt tu baru beli kat 'Mini Kelantan' yer... rugi pulak beli selai jer... sedap jer t'shirt tu dipakai kain dia sejuk design pun ok simple...

 
Jangan ingat pelamin jer kita orang rasmikan tapi bilik pengantin pun dah dirasmikan dulu...hehhe...sorry la yer pengantin... jangan ler tension ngan makcik2 uols ni yer...

 
Mana nak cucuk bunga manggar ni. Klu kg dulu2 mesti betik atau nenas muda menjadi mangsa tapi la ni guna sponge je la...

Dah puas snap2 kat dalam jom kita tengok apa berlaku kat luar dan snap2 apa yang patut...

 
Posing dulu ngan Daddy & Dafiy.

 
Ooooo bapak2 tengah susun kerusi meja rupanya....

 
Agak2 ini realiti atau lakonan semata2 yer...

 
Kiri - Ini bukan tetamu yang datang kenduri kahwin tapi orang yang datang menziarahi jenazah suami 'Ibu'
Kanan - Semua berdiri sebagai menghormati jenazah yang sedang dimasukkan ke dalam van untuk disembahyangkan disurau berdekatan dan seterusnya dikebumikan...perjalanan terakhir seorang hamba Allah untuk bertemu dengan penciptaNya...Al-Fatehah...

Bila rasa2 tetamu dah nak datang, kami semua kaum ibu pun bersalin kulit ler... yer la pagi tadi semua berblaus jer so nak sambut tamu ni nak anggun2 sikit la...hehhehe

 
Ni kenduri kahwin sapa sebenarnya??? Yang ngkorang terover buat makeover tu apa ke hal???

 
Tengok Mummy ni tak payah nak makeover semua tu...ni natural beauty ni...hahahah.... sesiapa yang rasa nak termuntah tu pi toilet dulu karang tak pasal2 nak kena mop lantai pulak....

 
Si baju hijau putih ni ada di mana2....

 
Again...

 
Kanan - Som yang hampir bertukar menjadi 'ultramen gaya' sebab tak dapat penyapu dan plastik sampah lebih dari 3 jam...Som ngko jgn telan anak dara aku tu!!!

 
Mummy dan Mak Pengantin

 
My 'big' brother and sisters... dia orang ni sebenarnya bukan gemok pun cuma tak cukup kurus jer....

 
'Bapak' pengantin tengah isi perut sebelum tetamu datang...

Kul 11.30 tamu dah start datang... jom kita sambut tamu yang datang... masuklah jangan segan2 yer...

 
Eh camana ni, kata jemput tamu datang makan kenduri tapi tak bagi masuk pulak!!! Kompius ni....

 
Ni nak kira tamu ke apa yer???

 
Mummy belajar satu perkataan baru 'KENDARAT'. Ngorang tau tak kendarat tu apa? Hihii...KENDARAT = PENANGGAH= PRAMUSAJI = TUKANG HIDANG... ada kat Kamus Dewan tak Cikgu MS or Cikgu Tanty, mintak tolong check sikit...

 
Rajin betul anak2 saudara Mummy ni tolong... tak pe lepas ni Mak Long bagi upah....

Selain dari tamu datang meraikan pengantin ada gak sesi ala2 jejak kasih sekali, cuma masa tu TV 3/4 tak sempat datang untuk buat liputan....jommmm tengokkkk

 
Makcik belah Atuk Amanah yang duduk kat Kulai.

 
Kiri - Makcik dan sepupu2 sebelah Atuk Omar
Kanan - Sepupu sebelah Atuk Amanah

 
Ni sepupu Mummy, dia orang ni adik beradik..Kak Zai & Nya-it (tak silap Mummy nama betul dia Yazid)

 
Kiri - Yang baju cokelat ni Kak Jah. Emak bapak dia ni jiran Mummy kat kampung. Sekarang Kak Jah dah duduk kat Felda apa ntah kat Kulai. Rasanya lama betul Mummy tak jumpa dia.
Kanan - Janganlah peluk kuat2 tak boleh nak nafas ni...

Alamak lupa lah pulak nak letak gambar sanding pengantin...sorry yer pengantin...hehhe...makcik korang ni memang gila glem sikit ...heheh....Pang kompang  kompang... yeyeyye pengantin dah sampai...

 
Pengantin dan pengapit sama2 happy...ke nampak pengapit yang lagi gumbira??? Kwang kwang kwang...

 
Makanlah pengantin jangan malu2... buat je cam rumah orang!!!
 
Kenangan pengantin dan ibu bapa belah pompuan...

 
Kiri - Aiit... bila masa Mama Miraki salin kulit lagi ni...ni mesti kes kepanasan ni...hahah
Kanan - Pengapit ni cam ada apa2 jer...

5 comments:

  1. Nasib baik ada gambar aku... kalau tak aku boikot dari buka blog engko...

    ReplyDelete
  2. next majlis perkahwinan anak sedara rasanya antara Ijah atau apis kot...kwang...kwang....ke emi atau faiz langkah bendul...

    ReplyDelete
  3. Kalau Farhan itu x mungkin baru di tinggal semalam pun dah x boleh tidor,siangnya lak asyik call je,agaknya sebab dia belum pernah berpisah dengan family lagi kut

    ReplyDelete
  4. Ok tu nanti bila kawin mat sah dgn kak mah boleh jadi instructor... he..he..he

    ReplyDelete