Saturday, February 6, 2010

Daniel 8th Birthday - Selamat ulang tahun anaku sayang!

Happy Birthday To You...Happy Birthday To You...
Happy Birthday To

* DaNnY *

Happy Birthday To You

06/02/2010 (Sabtu) - Hari ni anak kami Emmer Daniel @ Danny @ Along sambut ulangtahun yang ke-8.
Selamat Hari Lahir, Anak ku sayang. Mummy & Daddy doakan semoga Danny dikurniakan kesihatan yang baik, membesar menjadi anak yang soleh, cerdik dan pintar. Mama & Daddy sayang Danny sangat2 (walau kadang2 Mummy & Daddy marah dan pukul itu bukan tanda kami tak sayang, kami cuma nak betulkan kesalahan yang yang Along lakukan). Semoga kebahagiaan sentiasa menjadi milik buah hati kami ni okeh. Dengan pesanan tambahan: Jangan asyik nak tengok kartun je ye...pasal hadiah emmm nanti lah Mummy tanya Daddy dulu nak beli ke tak!!! hehehhe....

Lepas solat subuh Mummy terus pencak silat kat dapor, nak buat breakfast. Menu breakfast pagi ni spagetti bolognese (waaaa ala2 orang putih makan pagi ni .... hihihi).

 
Ni spegetti orang tak berapa rajin (bukan malas yer...), Mummy guna daging burger dan mix vege jer dan sos spegetti jer.

 
Anak2 semua memang suka spegetti ni, Mummy jer yang tak berapa suka.

 
Makan2..

Kul 10am kami celebrate birthday Danny, ala celebrate anak beranak jer. Petang2 ke malam baru nak bawak anak2 keluar.

 
Birthday card untuk Danny from Mummy & Daddy
 
Ben-10 birthday cake for Danny. Tak la cantik sangat tapi puas hati sebab dapat buat dan decorate sendiri cake tu.

 
Cepatlah potong Along, tak sabar dah nak makan ni.

 
Posing2 time...

 
Posing lagi...

Petang Mummy bawak anak2 gi TescOooooooo (sambil cari barang dapor).

 

 
Lepas beli barang dapor anak2 nak main kat playground, so layan je la...

 
Dah penat main makan la apa lagi!!!

 
Wa Dafiy minum ais yer... kan batuk dan selsema...

 
Lepas ni tunggu n3 tentang bendalah kat belah kanan tu yer!!!

Malam bawak anak2 makan kat McDeee.... mummy tak pegi sebab sakit perut dan mata pedih & gatal tak tau la knapa....so tak de la gambar kat McDeeeee unless Daddy ada amik gambar....ni dia orang pun tak balik lagi ni...

Oh yee present Danny Mummy belum beli lagi, tadi gi TescOooooooo tak de pulak benda yang dia nak, esok kita gi cari hadiah Danny yer!

1 comment:

  1. Along happy belated day...
    sori auntie ida lmbt wish....semoga jadi anak yg soleh & jgn nakal2

    ReplyDelete