Monday, July 11, 2011

Udang Masala or Udang Masalah?

Nampaknya minggu ni minggu masak udang masala utk suku sakat Mummy. Mula2 Kak Kay masak pas tu hari Sabtu Mummy masak udang dan hari Ahad si Ayien Azreen pun masak udang gak. 


Udang masalah ni lebih kurang udang goreng kari yang Mummy buat sebelum2 ni je cuma ada pertambahan 2-3 bahan tambahan je.




Udang masala bukan udang masalah yer....



Close-up sikit bagi air liur uols meleleh2 sikit....




Udang masala version Mummy Gee. Resepi asal dari pakcik google tapi Mummy dah tokok tambah ikut bahan2 yang ada kat rumah...heheh


Bahan-Bahan:
  • Udang besar 1kg 
  • 2 inci halia 
  • 5 ulas bawang putih 
  • 2 biji bawang besar dikisar
  • 2 biji bawang besar dipotong bulat
  • 4 sudu besar rempah kari
  • 2 sudu cili kering yang telah diblend
  • 1 st serbuk jintan putih 
  • 1 sd serbuk jintan manis
  • 1 sb serbuk kunyit
  • 2 ranting daun kari
  • Minyak masak untuk menumis
  • 2 biji limau nipis ambil airnya (boleh gantikan dengan asam jawa)
  • 1 sudu besar kerisik
  • Garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
  1. Bersihkan udang. Gunting janggut dan muncung tajam udang. Jangan buang kepala udang nanti togel tak comel. 
  2. Kisar halia, bawang putih dan 2 biji bawang besar.
  3. Perapkan udang dengan serbuk kunyit, perahan air limau dan separuh dari bahan2 yang dikisar tadi selama 30 minit
  4. Gorengkan udang separuh masak.
  5. Panaskan minyak, masukkan daun kari dan lebihan bahan2 yang dikisar
  6. Goreng hingga naik bau. Masukkan rempah kari, jintan putih dan manis. Biarkan sebentar.
  7. Masukkan santan dan biarkan selama 10 minit atau hinga kuah likat. Masukan garam dan perasa.
  8. Masukkan udang dan bawang yang dipotong bulat. Jangan masak udang lama sangat, kalau udang besar tu 5-6 minit cukuplah, kalau udang cinonet 3-4 minit je dah. Kalau masak lama sangat nanti udang kecut dan liat.
  9. Hidang dan hiaskan.
  10. Makan panas2 dengan nasi putih. Makan dengan nasi briyani or nasi minyak pun sodap.

2 comments:

  1. udang masala yang diubah suai mengikut citarasa masing2.... kena tukar nama menu la.. UDANG MASAALAh...hehehe...

    ReplyDelete
  2. Stail aku lak klu wt x bubuh kerisik, tp kari lebih

    ReplyDelete