Friday, July 1, 2011

Kalut sikit!


Pagi yang sedikit kalut... hari ni Dafiy & Dania start pergi ke taska untuk day care after school dan Daniel & Danish pulak start sekolah agama kat sekolah baru. Sebelum tidur malam tadi dah siapkan barang2 untuk Dania & Dafiy.

Sekolah agama yang baru ni tak ada waktu rehat so Mummy paksa dia orang breakfast dulu b4 ke sekolah, dia orang bawak bekal air je.

Mummy tunggu van Dania & Dafiy sampai dulu sebab nak bagitau driver tu untuk hantar anak Mummy dua orang tu ke taska. Actully teacher kat sekolah dah bagitau driver tu pun tapi biasalah Mummy  ni takut2 dia terlupa ke apa...

Beg isi keperluan Dania dan Dafiy.. macam2 ada dalam ni... kain baju towel, selipar, susu,  koko crunch, honey star, biskut..., hehehe.. ni kes takut anak kebuluran kat taska ...hehehe

Tukar sekolah agama samping, lencana dan buku2 pun kena tukar gak. Start hari ni Daniel & Danish sekolah agama kat Sekolah Agama Tahfiz Al-Abrar, dekat dengan rumah je, rasanya cam boleh lompat je pagar...heheh

Bye2 Mummy , Dafiy nak pegi school ni..

Lepas Dania & Dafiy ke sekolah, Mummy gi opis dan bawak sekali Daniel & Danish. Pergi ke sekolah lama dulu sebab nak officially bagitau yang dia orang dah berpindah sekolah selain dari tu ada tunggakan yuran belum dibayar. Bulan Mei hari tu yuran sekolah dan mengaji naik  tapi Mummy tak perasan pun so bayar cam biasa jer, semalam Ustazah baru bagitau ada tunggakan ... Setteld kat sekolah agama lama hantar dia orang ke sekolah yang baru pulak. Baru keluar pintu pagar kawan2 kat dalam sekolah dah jerit2 panggil dia orang.

Jumpa ustazah dan intruduce anak2. Bayar yuran transit dan ngaji. Yuran pendaftaran, buku dan lain2 semalam Daddy dah uruskan kat HQ. Lepas settled urusan kat sekolah ni pergi ke taska pulak hantar beg untuk kegunaan Dania balik sekolah nanti.

Walaupun sibuk ke sana ke mari, Mummy tetap jadi orang pertama dan tukang bukak kunci pintu opis ni. 8.15am dah sampai opis... still awal gak sebab official office hour 8.30am

1 comment:

  1. lepas ni ko nak gi kerja kena pastikan semua pintu ke pagar ke berkunci, ye lah dah biasa tak buat benda2 tu kan sebab bibik ada, mulai sekarang kena la biasakan jangan lupa lak....

    ReplyDelete